CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30822|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam kolam

[Copy link]
Post time 31-12-2024 06:16 PM | Show all posts |Read mode

Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung dalam sebuah kolam takungan air di Bandar Seremban, di sini, pagi tadi. FOTO IHSAN POLIS.

Seremban: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung dalam sebuah kolam takungan air di Bandar Seremban, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 10.50 pagi memaklumkan melihat mayat di dalam kolam itu.

"Seramai 10 anggota termasuk seorang pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari Seremban membantu untuk mengangkat mayat ke daratan.

"Hasil pemeriksaan pegawai penyiasat pada tubuh badan si mati mendapati sudah kembung dan berair serta tiada pengenalan diri dijumpai," katanya dalam kenyataan, hari ini.







Tambah beliau, pegawai perubatan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban mengesahkan mangsa dianggarkan sudah meninggal dunia lebih 24 jam.

"Setakat ini kes tidak menjurus kepada unsur jenayah sehingga bedah siasat selesai dilakukan, justeru ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 0127707282 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban (IPD) Seremban di talian 06-6033222 untuk bantu siasatan," katanya.


Disiarkan pada: Disember 31, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 06:06 PM GMT+8 , Processed in 1.179182 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list