CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59219|Reply: 0

[Johor] Sakura Gi Haruko punya hal, lelaki rugi lebih RM500,000

[Copy link]
Post time 21-12-2024 03:41 PM | Show all posts |Read mode

Johor Bahru: Lelaki hanya mampu berputih mata apabila hanya memperoleh RM4,000 selepas melabur lebih RM500,000 dalam pelaburan mata wang kripto.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa berusia 61 tahun sebelum itu diperkenalkan dengan pelaburan itu oleh kenalan wanita warga asing di Facebook, Jun lalu.

Menurutnya, kenalan bernama Sakura Gi Haruko yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 0.8 peratus daripada jumlah modal yang dilaburkan.

Katanya, mangsa yang tertarik dengan keuntungan dijanjikan memuat turun dua aplikasi seperti diarahkan.

"Lelaki itu kemudian melakukan 32 transaksi ke 19 akaun bank berbeza bermula 23 Jun sehingga 17 November dengan jumlah modal keseluruhan kira-kira RM533,000.

"Walaupun pelaburan lebih RM500,000 dilakukan, mangsa hanya menerima keuntungan sebanyak RM4,000 sahaja dalam tempoh itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa menyedari ditipu apabila diminta untuk membuat bayaran tambahan bagi tujuan pengeluaran wang keuntungan.

Katanya, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Disiarkan pada: Disember 21, 2024






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.051961 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list