View: 6654|Reply: 3
|
Sabrina Carpenter sindir Leonardo DiCaprio
[Copy link]
|
|

Hiasan kek Sabrina Carpenter meletakkan gambar Leonardo jadi tumpuan.
PENYANYI Sabrina Carpenter didakwa menyindir Leonardo DiCaprio susulan meletakkan wajah aktor terkenal itu di atas kek hari jadinya yang diadakan pada Sabtu lalu.
Sabrina, 25, sengaja meletakkan wajah Leonardo kerana reputasi aktor berkenaan yang cukup gemar berpacaran dengan wanita muda sepertinya.
Malah mesej pada kek berkenaan yang meminta Sabrina kekal pada usianya turut mencuit hati peminat.

Sabrina dikatakan menyindir Leonardo kerana minat wanita lebih muda.
Sementara itu, ramai memuji keberanian Sabrina kerana berani bergurau dengan Leonardo dan memuat naik foto kek tersebut di media sosial miliknya.
Malah ramai berpesan kepada Sabrina agar tidak terjerat dengan kata-kata manis aktor itu sekiranya berpeluang bertemunya suatu hari nanti.
"Sabrina sangat ikonik! Berani letak muka Leonardo.
"Apalah agaknya aksi Leonardo kalau tengok kek ini," kata netizen.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... r-leonardo-dicaprio |
|
|
|
|
|
|
|
aku lebih berminat nk tau flavour of the cake  |
|
|
|
|
|
|
|
Kek kuning tu nampak menarik hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|