CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4160|Reply: 1

[Terengganu] Mayat dipercayai Zulkarnain ditemukan di perairan Pulau Kapas

[Copy link]
Post time 19-2-2024 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Mayat dipercayai Zulkarnain ditemukan di perairan Pulau Kapas


Baharom Bakar
am@hmetro.com.my





Kuala Terengganu: Mayat seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, ditemukan terapung di perairan Pulau Kapas, di sini, hari ini.

Mayat lelaki berseluar pendek hitam ditemui nelayan kira-kira 16 kilometer daripada lokasi kejadian kira-kira jam 4 petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Muhammad Basri Kamarazaman, berkata tiga bot termasuk daripada Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim (MARITIM) dan JBPM negeri dihantar ke lokasi mayat ditemui, kira-kira jam 4.34 petang.

Katanya, mayat yang ditemui dibawa ke jeti perikanan Marang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut termasuk pengecaman.
"Operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang selama 30 jam bermula kira-kira jam 11.30 pagi semalam ditutup pada jam 6 petang ini.




"Mayat yang ditemui dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat," katanya.

Dalam kejadian semalam, Zulkarnain yang bercuti bersama isteri, Nora Elina Abdul Khalil, 44, dari Petaling Jaya, bersama dua anak perempuannya berusia antara 9 dan 11 tahun dikatakan tiba-tiba dihanyutkan arus ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok.

Zulkarnain lemas ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok, kira-kira jam 11.20 pagi semalam.

Sementara itu, Nora Elina bersama beberapa ahli keluarga tiba di Jabatan Perubatan Forensik untuk pengecaman.



NORA Elina (tengah) kelihatan sedih selepas suaminya, Zulkarnain yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok. FOTO Ghazali Kori


Disiarkan pada: Februari 19, 2024 @ 6:48pm



Mayat ditemukan di perairan Pulau Kapas di bawa ke Jabatan Perubatan Forensik HSNZ untuk proses bedah siasat. FOTO BAHAROM BAKAR.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2024 08:49 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.095574 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list