|
kakno hari tu solat kat HUKM, pas tu nampak sorang pompuan lipat semua telekung telekung yang kat surau HUKM...bagus nya kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 kaknoo's post
Amat baguz sekali kak no.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam!
Meh2 masuk khabarkan satu dunia - tenet no boundries
Biaq semua org tau amal jariah yg korang dah buat..
Sila...sila...jgn memalu..jgn segan..
Hidup harus show off segala perbuatan & pencapaian kekdahnya..
mmm.... mungkin ayat ni boleh ditukar ke bentuk yg lebih "low profile" like:
Mari kita share amal2 jariah yg dah dibuat spy boleh menjadi dorongan dan semangat utk beramal!
Segala sesuatu yg baik adalah amal jariah. Semuga kita semua ikhlas dlm beramal krn amalan yg ikhlas menggandakan ganjaran. Allah tidak melihat sebesar mana jariah kita tp Allah melihat keikhlasan hati kita. Spt mana berlaku di zaman Rasulullah saw. Apabila para sahabat mendermakan harta mereka, dtglah seorg sahabat yg miskin dan hanya mensedekahkan sebiji tamar. Tp sabda baginda: (< > maksudnya)
Amalan yg ikhlas, walau pun dgn sebiji tamar akan dilipat gandakan spt gunung
ps: Mod Antique,
bg kredit byk2. Bg dgn ikhlas. Mesti ramai yg syg dan mendoakan kesejahteraan. 
errr.... sumbangan me, nak melaksanakan hadis ini: 
Sampaikanlah walau pun satu ayat
|
|
|
|
|
|
|
|
aku ada satu amal jariah yang agak merbahaya untuk diamalkan..
iaitu suka tumpangkan orang yang tengah kepanasan tengah jalan or terlepas tunggu bas atau senang ceritanya mana-mana orang tak berkenderaan..
member aku suma marah, pasal cakap bahaya! kotnya naik perogol bersiri..
entah arr.. dulu masa aku kat u kan, penat aku jalan kaki, takde sape pun nak tumpangkan aku.. sian tau! peh tu kan ada satu ari tu kan, ada sorang akak tuh tu dia tumpangkan aku.. aku rasa dia bagus sangat, baik hati sangat dan aku doakan dia berbahagia di dunia dan akhirat.. sekarang ape salahnya, bila aku dah ada kenderaan sendirik, tumpangkan pada mana-mana orang yang memerlukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #28 yays's post
aku tumpangkan bila ada hubby dlm kete.. kalau takde.. suspen aaa...  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by LostSoul at 21-3-2008 09:34 AM 
aku tumpangkan bila ada hubby dlm kete.. kalau takde.. suspen aaa...
huk! huk! mana-mana yang mencurigakan tuh, aku buat time laki aku ada sekali jugak ar..
ada satu kes tuh, mamat bangla ko tau.. sian aku tengok dia mencecet-cecet kejor bas, tapi bas takmo berenti jugak. ko tau ler putrajaya nih kan, terlepas satu maknanya berejam ler ko terpacak tengah panas. So aku ngan laki aku pun tumpangkan ler.. mamat bangla tu gabra sungguh, siap keluarkan duit 10 ringgit nak bayar kitorang masa kuar keta, then bila cakap tak perlu bayar... tengok impression muka mamat tuh yang thankful dan terharu.. priceless sungguh..
So aku paham ler kenapa oprah suka menderma dan buat baik pada orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yays at 21-3-2008 09:41 AM 
ko ada demam panas kebelakangan ni ke manak?
ekekekek... soklan serius ke nih yang? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tehlaut at 21-3-2008 09:56 AM 
ekekekek... soklan serius ke nih yang?
hik! hik! pasal jiran aku kan.. dia kan, lepas jerk demam panas dia jadik lain macam sket..
tu aku riso si manak jadik gitu pasal kena demam panas.. |
|
|
|
|
|
|
|
amal jariah tak baik kepoh.... nnt takut hilang pahala.... |
|
|
|
|
|
|
|
untuk sesaper yang tak pasti apa yang boleh digolongkan dalam amal jariah....ni untuk gua sebenarnya.....
"saya ingin tahu apakah makna amal jariah,apakah bentuk amal jariah,apakah tujuannya,apakah landasan dan seruan untuk beramal jariah,apakah hukum untuk tidak beramal jariah,apakah kaitan amal jariah dengan kekayaan dan perniagaan"
.
Jawapan : Makna amal jariah ialah satu kebajikan yang pahalanya berterusan sehingga ke hari kiamat. Ia sebagai bekalan umat Islam untuk bertemu dengan Allah SWT di hari kiamat kelak. Di antara bentuk-bentuk amal jariah ialah sedekah, membantu umat Islam dan lain-lain. Landasan dan seruan untuk beramal jariah ialah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya dan ilmu yang bermanfaat"
Orang yang tidak beramal dengan amal jariah tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah SWT, maka RUGILAH mereka di dunia dan akhirat. Kaitan antara amal jariah dengan perniagaan dan kekayaan adalah membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam, tiada penipuan, rasuah dan seumpamanya. Ini selaras dengan ayat al-Quran dalam surah Fathir ayat 29 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi" |
|
|
|
|
|
|
| |
|