CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2654|Reply: 11

REALITI OKU <Setiap Khamis, 9.30 mlm, TV9>

[Copy link]
Post time 21-7-2007 10:55 AM | Show all posts |Read mode
pagi tadi tgh layan tv pepagi, nampak satu pemberitahuan

ntv9 skrg nak buat ujibakat tuk cari calon2 yang sesuai
masuk program nih

khas tuk OKU

dan antara yang terpapar di screen tv ujibakat akan dijalankan di Sabah & Sarawak (kalau tak silap)

nanti update info.

[ Last edited by  jac_diehard_fan at 3-11-2007 10:27 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2007 02:27 PM | Show all posts
cite pasal ape ?








UNDI MEREKA UNTUK EPISOD 2 DI SINI :
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=291124
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 03:26 PM | Show all posts
Waa.. baguih r tv9.. mcm mane r rncangan nih.. kretip2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2007 03:58 PM | Show all posts

Reply #2 jac_diehard_fan's post

nak pilih pekerja

mcm the apprentice

tapi versi OKU

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 07:07 PM | Show all posts
kalau nak carikan kerja untuk OKU, aku sokong...sekurang瞡ya dapat jugak dia mencari rezeki halal sendiri...tapi mesti kita sedih dan simpati bila engok rancangan tu nanti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 12:36 PM | Show all posts
dah start kuar kat tv

lokasi uji bakat

kalau tak silap, lokasi pertama kelang

kalau tak silap lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-9-2007 09:02 AM | Show all posts
TV9 terbit program realiti untuk OKU
Oleh Rozdan Mazalan

BUAT pertama kalinya program realiti tv mengetengahkan kebolehan dan kegigihan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam mencapai impian hidup yang diterbitkan stesen televisyen TV9 setiap Khamis jam 9.30 malam.

Program yang berjudul Realiti OKU diterbitkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang akan menampilkan 10 peserta akhir yang dipilih menerusi sesi uji bakat di seluruh negara, untuk menyertai latihan kerjaya impian mereka sama ada dengan majikan tertentu atau pun dalam bidang perniagaan.

Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda berkata, Realiti OKU sekali lagi menampilkan inovasi perancangan program TV9 yang sebelum ini menerima sambutan hangat penonton apabila buat kali pertama memperkenalkan Akademi al-Quran, rancangan yang mencari juara tilawah al-Quran menerusi program realiti.

"TV9 juga mencipta sejarah tersendiri apabila menerbitkan program realiti Cari Menantu, rancangan televisyen yang julung kalinya menampilkan pencarian bakal pasangan hidup serasi menurut kaca mata Islam.

"Program Realiti OKU pula mempunyai signifikannya sendiri kerana menampilkan cabaran kepada masyarakat OKU untuk berani mengetengahkan bakat, kebolehan, cita-cita dan keyakinan mereka dalam mencapai impian yang selama ini mungkin terhalang disebabkan banyak faktor.

"Program ini istimewa kerana kita sedar dalam mencapai cita-cita dan impian hidup, setiap orang menghadapi cabaran dan halangan, namun ia lebih lagi dirasakan oleh OKU sebab begitu banyak perkara yang kita anggap sebagai mudah, sebenarnya menimbulkan kesukaran kepada OKU," katanya pada majlis pelancaran Realiti OKU yang disempurnakan oleh Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Muzium Kesenian Islam, baru-baru ini.

Menerusi Realiti OKU, peserta akan bersaing untuk tampil sebagai juara setelah menjalani latihan selama tiga bulan di syarikat swasta atau menjalankan perniagaan sendiri.

Kriteria penyertaan untuk program Realiti OKU adalah ia terbuka kepada semua warga OKU berumur 16 hingga 35 tahun yang mampu mengurus diri serta mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR). Peserta harus berkeyakinan tinggi dan berfikiran positif.

Menurut Bukhari, Realiti OKU bertujuan mengetengahkan kebolehan dan keyakinan OKU untuk berdikari dan menjalani kehidupan normal. Program ini juga memaparkan semangat dan motivasi diri OKU sebagai anggota masyarakat yang produktif.

"Ini secara langsung membantu mengikis prasangka dan pandangan negatif terhadap kebolehan dan kemampuan OKU," katanya. Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, pendaftaran OKU meningkat kepada 197,519 orang pada 2006, berbanding 172,916 pada 2005.

Program yang akan disiarkan sebanyak 13 episod akan menempatkan peserta OKU di organisasi terpilih dan menerima latihan daripada mentor yang sudah berjaya untuk membimbing mereka. Latihan selama tiga bulan di tempat kerja akan dinilai oleh panel penilai terdiri daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), majikan tempat latihan bekerja, mentor dan TV9. Juara Realiti OKU akan menerima geran berupa wang tunai sebanyak RM10,000 daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2007 12:37 PM | Show all posts
dah start. khamis 9 malam kot. xpon 8.30 after berita.. best cerita ni
aku rasa treatment dia tak akan buat kita simpati. bukan ala2 bersamamu.. kita akan kagum pulak dengan mereka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2007 01:07 PM | Show all posts
harap esok aku tak lupa tgk

last week tak start lagi rasanya

ke aku yang dah terlupa nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 05:44 PM | Show all posts
eh. mggu lepas dah start. lepas gian dpt tgk ras adibah. cuma sedikit tertanya.. cmner org2 OKU tu nak bersaing? cacat lain2.... pelikkkkkk lah
apepon. kita 4lo je
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 09:17 PM | Show all posts
baguig rancangan ni atleast membuka mate org ramai psl keboleh oku neh
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 03:11 PM | Show all posts
kalau aku pekak, cmne aku nak tgk citer ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.091427 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list