|
HOHOHOHOOOOOOOOO....TASHYA menangggggggg MYSTARZZZZZZZZ!!!!
pecaye @ x...itulah kenyataanya..................... |
|
|
|
|
|
|
|
Vocal yg paling best aku rasa ialah Rubisa. |
|
|
|
|
|
|
|
ermm...lepas tengok final concert tue..rasanya yang ada potensi RACHEL sebab dia cantik+muda+suara sedap, lunak & power...dan yang kedua mungkin BADRI la kot...suka time dia nyanyi lagu2x Dato M Daud Kilau...kalau nyanyi lagu2x balada tak best... |
|
|
|
|
|
|
|
badri badri kureng masa lagu perpisahan..lagu tu x suit ngan sore dia laaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa menyampah giler biler si tasya tue menang
telinga aku nie...x pernah plak dengar dier nyanyi sedap..aku dengar busuk2 je suara dier.. huh
dah la..cam berlagak macho...asik nak nyanyi lagu lelaki jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
MyStarz, LG: RM100,000 milik Tashya!
09-09-2007 10:00:01 PM
oleh WAHIDA ASRANI
PUTRAJAYA: Hamiza Mohd Basir, atau lebih dikenali dengan panggilan Tashya berjaya menjuarai program realiti MyStarz, LG sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM100,000 pada konsert akhir program tersebut yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.
Peserta berusia 20 tahun itu juga turut memenangi sebuah LCD TV 42" jenama LG dan kontrak rakaman album dengan syarikat rakaman terkemuka setelah menewaskan empat finalis lain iaitu Khairul Hizam Kaha, Rubisa Tiasin@Mimie, Rachel Wesley dan Badri Ibrahim.
Manakala naib juara program tersebut disandang oleh Badri yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 dan sebuah LCD TV 32" jenama LG.
Markah persembahan bagi setiap finalis dinilai berdasarkan 60 peratus daripada juri profesional pada malam itu iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Patrick Teoh, Azmeer dan Pengarah Urusan Adidas Malaysia, Darren Choy, manakala 40 peratus lagi adalah daripada undian penonton menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).
Pada konsert akhir itu, Tashya mempersembahkan dua buah lagu iaitu Mentera Semerah Padi serta bergandingan bersama Reshmonu menerusi lagu Harder To Breath.
Badri pula menyanyikan lagu Perpisahan serta medley Gila Judi dan Cik Mek Molek yang didendangkan bersama Datuk M.Daud Kilau.
Sementara itu, tiga finalis lain juga tidak ketinggalan memberikan persembahan yang bertenaga. Rachel yang berjaya ke peringkat akhir MyStarz, LG menerusi pusingan wildcard telah membawakan lagu Awan Yang Terpilu dan duet bersama Cat Farish menerusi lagu Satu Harapan.
Seorang lagi peserta yang terpilih menerusi wildcard, Rubisa pula mendendangkan lagu Cinta serta medley bersama artis undangan Ezlynn iaitu Di Dadaku Ada Kamu dan Mimpi Pun Sama.
Manakala Khairul Hizam Kaha atau Ijam telah menyanyikan lagu Jangan Ada Benci dan sebuah lagu duet bersama Lah VE, Khayalan.
Konsert akhir MyStarz, LG itu turut dimeriahkan dengan persembahan oleh penyanyi-penyanyi jemputan iaitu Hazami, Faizal Tahir dan Juwita Suwito. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #266 archerfahid's post
ntah nape sume juri suke die...:kant:
nk ty la lagu yg diorg nyanyi smlm, xsempat tgk..
badri duet ngan m.daud kilau?
rubisa solo? |
|
|
|
|
|
|
|
Personaliti 'unik' bawa tuah buat Tashya
10-09-2007 01:14:52 PM
oleh WAHIDA ASRANI
Setelah empat bulan 'pencarian' bakat baru MyStarz, LG berlangsung, akhirnya program realiti terbitan TV3 itu melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan Hamiza Mohd Basir, atau lebih dikenali dengan panggilan Tashya sebagai pemenangnya.
Bukan saja merangkul gelaran juara, peserta berusia 20 tahun itu juga berjaya memenangi wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah LCD TV 42" jenama LG dan kontrak rakaman album dengan syarikat rakaman terkemuka yang akan ditentukan kelak.
Disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi, kemenangan Tashya sememangnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan Tashya adalah antara peserta favourite ramai sejak di awal program ini bermula lagi.
Tashya, juara MyStarz LG... (Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)
Malah, peserta ini juga menjadi pilihan dua orang juri profesional malam tadi iaitu komposer Azmeer dan Patrick Teoh yang dirasakan mereka mempunyai potensi cerah untuk bergelar juara MyStarz LG, berdasarkan persembahan yang dipamerkan pada konsert akhir itu.
Markah persembahan bagi setiap finalis dinilai berdasarkan 60 peratus daripada juri profesional pada malam itu iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Patrick Teoh, Azmeer dan Pengarah Urusan Adidas Malaysia, Darren Choy, manakala 40 peratus lagi adalah daripada undian penonton menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).
Seorang lagi finalis, Badri Ibrahim, yang juga sebelum ini disebut-sebut mampu menjuarai program ini kerana bakatnya yang menyerlah saban minggu nampaknya hanya mampu berpuas hati apabila berjaya menewaskan tiga lagi finalis lain iaitu Khairul Hizam Kaha, Rubisa Tiasin@Mimie dan Rachel Wesley untuk menyandang naib juara bagi program tersebut.
Badri membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 dan sebuah LCD TV 32" jenama LG.
Ditemui sejurus selepas berakhirnya konsert akhir MyStarz, LG itu, Tashya berkata, kemenangannya pada malam itu memang diluar jangkaannya sama sekali, tambahan pula saingan yang ditunjukkan oleh empat lagi finalis lain juga amat hebat.
"Sejak mula sertai pertandingan ini, saya memang tidak pernah jangka saya akan menang. Kesemua finalis memang adalah saingan yang cukup hebat. Alhamdulillah, nampaknya ini rezeki saya.
"Saya belum terfikir lagi nak buat apa dengan RM100,000 itu. Mungkin saya akan gunakan sedikit untuk buka studio sendiri kelak sebab itu memang impian saya sejak dulu," ujar anak bongsu daripada lima beradik ini.
Tashya malam tadi telah mempersembahkan dua buah lagu iaitu Mentera Semerah Padi serta bergandingan bersama Reshmonu menerusi lagu Harder To Breath.
Berdasarkan persembahan yang dipamerkannya itu, terus-terang dikatakan, Tashya masih banyak perlu memperbaiki teknik nyanyiannya. Dari segi vokal, tidak salah dikatakan Tashya sebenarnya gagal menyerlah berbanding empat finalis lagi.
Namun, pastinya peserta 'comel' ini ada keistimewaan tersendiri yang bukan saja berjaya memikat penonton untuk mengundinya, tetapi pihak juri pada malam itu juga.
"Pemenang dipilih berdasarkan persembahannya pada malam ini dan persembahannya pada konsert mingguan sebelum ini sebenarnya tidak langsung mempengaruhi markah juri kali ini.
"Saya rasa, Tashya amat bijak kali ini kerana dia tidak membawakan lagu berentak slow. Dia bijak pilih lagu dan ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada dia pada saat-saat akhir seperti ini.
Tashya dilihat oleh juri mempunyai kekuatan tersendiri yang membuatkannya layak dinobatkan sebagai juara (Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)
"Saya lihat keistimewaan Tashya juga kerana keunikan personalitinya. Imej dia saya rasa belum ada lagi pada penyanyi lain di Malaysia. Untuk jadi seorang artis, you have to be different," ujar Azmeer.
Mungkin benar apa yang dijelaskan oleh Azmeer tentang kriteria yang diperlukan untuk menjadi artis. Namun, bagi Tashya sendiri, jika dilihat dari segi imej boyish yang ditonjolkannya, mungkin ramai yang akan keliru imej sebenar yang cuba dipaparkannya.
"Saya faham perspektif orang bila lihat saya seperti ini. Apa yang orang lihat, inilah imej saya. Tiada kena-mengena sama ada saya tomboy ke atau sebagainya.
"Begitu juga dengan lagu. Memang sepanjang konsert mingguan, saya sering bawa lagu-lagu penyanyi lelaki. Sebenarnya vokal saya bukanlah jenis yang boleh menyanyi lagu mendayu-dayu.
"Jadi, saya kena bijak pilih lagu yang sesuai dengan vokal saya," kata Tashya.
Dalam pada itu, pengetua MyStarz LG, Farihin Abdul Fattah berkata, dia bangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua finalis pada konsert akhir itu.
"Apa yang saya lihat, mpaknya pada malam ini memang luar biasa. Secara teknikal dan emosi, mereka memang cukup mantap di pentas dan saya tahu pihak juri menghadapi kesukaran untuk memilih pemenang.
"Walau bagaimanapun, masih banyak perkara yang perlu mereka lakukan selepas ini. Bukan saja Tashya, tetapi kesemua peserta lain juga perlu berusaha keras untuk capai apa yang mereka mahukan.
"Tidak kisahlah apa yang orang akan cakap, tetapi mereka sendiri perlu tahu apa yang mereka inginkan," kata Farihin.
MyStarz, LG merupakan program realiti yang mempunyai kelainan tersendiri di mana setiap pelajar diberikan pendedahan untuk menjadi penyanyi.
Seramai 12 peserta telah diletakkan di bawah pengawasan Farihin dan telah mengikuti kelas vokal, persembahan dan semua aspek nyanyian di LG House oleh tenaga pengajar MyStarz, LG seperti Aubrey Suwito selaku Pengarah Muzik dan pemuzik-pemuzik berkaliber seperti Nan Alias, Andy Peterson dan Steve Thornton. |
|
|
|
|
|
|
|
cute la minah ni...
takyah make up pun...
tak kenal dia no cume pagi tadi je tgk kat MHI
dia macam malas nak cakap melayu..
tp,, boyish abis.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak suke tasyha menang...
sebab bagi bulat, dia ni boleh bawak satu type lagu jer...
org bagi lah yg boleh bawak different types baru best..
ini tak..
kalau buat buat album pun mesti lag lebih kurang jer nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #268 azwa85's post
bukan...ala...kiranyer ader 2 pusingan rasanyer..
archer pon sempat tgk pusingan yg akhir time rubisa nyayi solo n badri duet..
yg lain2 sempat...tp ala2 af gak la..ader 2 pusingan..gilir2 la |
|
|
|
|
|
|
|
He..he..he...kelakarnya tgk muka Badri bila annaounce dia dpt 2nd.. itu ler..over confident sgt jadi Juara sbb peminat2 dia ler yg paling HAVOC dlm tuh... Tak pasti Tashya deserved to win or not sbb tak tgk dia perform before or on FINAL. Tapi 3/4 juri pro pilih TASYA ek... Ada re-run tak FINAL? |
|
|
|
|
|
|
|
realiti tv tv3 format lebey kurang jek :kant:
perlu ke ade penyanyi undangan setiap pertandingan akhir  |
|
|
|
|
|
|
| |
|