CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38|Reply: 0

[Sarawak] Pertandingan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya Miri kembali lagi

[Copy link]
Post time 21-5-2025 08:16 AM | Show all posts |Read mode


MIRI: Selepas berehat selama lima tahun akibat pandemik COVID-19, Pertandingan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya Miri kembali lagi dengan penganjuran edisi ke-13 dimulakan secara rasmi pagi tadi.

Majlis pelepasan peserta di Jeti Marina di sini telah disempurnakan Leonard Fong yang mewakili Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting.

Edisi kali ini menyaksikan 36 peserta termasuk dari Brunei, Indonesia, Semenanjung Malaysia dan pemancing tempatan menyertai ekspedisi memancing selama lima hari empat malam di perairan Miri, tempoh yang lebih panjang berbanding format asal empat hari tiga malam.

"Walaupun penyertaan pada tahun ini lebih kecil dengan hanya empat bot yang bertanding, namun tahap sokongan yang diterima adalah yang paling meluas dalam sejarah pertandingan ini.

"Acara ini mendapat sokongan padu dan penyelarasan daripada pelbagai agensi persekutuan dan negeri termasuk pihak penguat kuasa undang-undang dan maritim bagi memastikan kelancaran operasi dan keselamatan di laut," menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam.

"Meskipun penyertaan agak sederhana namun kami berbangga kerana dapat menghidupkan semula acara ikonik ini yang telah mengangkat Miri sebagai hab pelancongan sukan marin," kata presiden kelab berkenaan.

Dalam pada itu, semua peserta dijangka kembali ke darat pada pagi 24 Mei ini manakala keputusan rasmi akan diumumkan pada jam 10 pagi.

Orang ramai khususnya peminat sukan memancing dijemput hadir ke Jeti Marina Miri untuk menyaksikan detik kemuncak dan kegemilangan pertandingan antarabangsa tahun ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.033465 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list