CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40|Reply: 0

[Sabah] Nenek, cucu rentung dalam kebakaran rumah

[Copy link]
Post time 20-5-2025 10:47 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas dan cucunya rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pulau Penampang, Manggatal, awal pagi Selasa.

Kejadian jam 5 pagi itu membabitkan mangsa berumur 80 tahun dan cucunya 14 tahun ditemukan rentung berhampiran antara satu sama lain di dalam rumah jenis kekal yang terbakar hampir 90 peratus.
Difahamkan, rumah itu dihuni enam sekeluarga namun empat yang lain berjaya menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kedua-dua mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati mangsa gagal keluar menyelamatkan diri dan ditemukan di sebuah bilik tidur.

“Kita masih menunggu laporan penuh Pasukan Forensik Bomba bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Sabah, Muhammad Taqiuddin Victor Doon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.22 pagi.

“Seramai 27 anggota termasuk bantuan dari BBP Lintas digerakkan ke lokasi bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Setiba di lokasi, rumah berkenaan sudah musnah 90 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 5.55 pagi,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, dua mangsa dipercayai masih terperangkap di dalam rumah.

“Mayat pertama ditemukan jam 7.13 pagi manakala seorang lagi kira-kira 20 minit kemudian.

“Kedua-duanya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.43 pagi,” katanya.

Menurutnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 1.536419 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list