CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13|Reply: 0

[Sarawak] Kampung Pangkalan Ampat mempunyai kapitan wanita

[Copy link]
Post time 20-5-2025 07:07 AM | Show all posts |Read mode

Dr Jerip (dua kiri) menyerahkan sijil pelantikan kepada Mei Lan (tiga kanan) dari Kampung Pangkalan Ampat yang baru sebagai kapitan hari ini.

KOTA PADAWAN: Kampung Pangkalan Ampat mencipta sejarah apabila kapitan baharu, Mei Lan dilantik secara rasmi dalam satu majlis yang turut menyaksikan perasmian pintu gerbang kampung sebagai simbol kebanggaan dan perpaduan komuniti Cina setempat.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong Datuk Dr Jerip Susil hari ini.

“Kawasan Mambong kini mempunyai lima kapitan masyarakat Cina yang aktif, sekali gus memperkukuhkan struktur kepimpinan akar umbi di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan projek pembinaan jalan Kampung Abang ke Kampung Jaber yang telah diluluskan dengan peruntukan RM24 juta oleh kerajaan persekutuan dan dijangka ditender pada penghujung tahun 2025.

Sebagai sokongan kepada pembangunan komuniti, peruntukan khas sebanyak RM30,000 disalurkan kepada JKKK Kampung Pangkalan Ampat manakala kapitan baharu digalakkan memohon dana di bawah UNIFOR bagi pembangunan rumah ibadat.

Majlis turut menyerlahkan semangat muafakat apabila dihadiri ramai penduduk dan pemimpin tempatan, melambangkan harapan baharu buat Kampung Pangkalan Ampat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.033420 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list