CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33|Reply: 0

[Sabah] Bunga Rafflesia tarikan pelancongan mampan komuniti luar bandar

[Copy link]
Post time 15-5-2025 07:58 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Bunga Rafflesia mampu menjadi tarikan sebagai produk pelancongan komuniti yang mampan terutama dalam memperkasakan kawasan perkampungan luar bandar.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata, usaha itu juga dilaksanakan seiring dengan inisiatif untuk memelihara bunga Rafflesia sebagai salah satu keajaiban alam semula jadi paling unik di dunia.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berkata, kerajaan sentiasa menyambut baik sebarang cadangan dan menyokong usaha yang melibatkan komuniti dalam pelancongan, terutamanya yang berkaitan dengan alam semula jadi dan budaya.

Menurutnya, bunga Rafflesia sentiasa menjadi ikon dalam kepelbagaian biodiversiti Sabah.

"Sudah tiba masanya kita mengenal pasti kawasan kampung yang boleh mendapat manfaat produk pelancongan daripada bunga Rafflesia yang jarang ditemui ini.

"STB juga boleh meneliti tapak Rafflesia sedia ada yang berhampiran dengan kawasan perkampungan seperti di Tambunan, Ranau, dan Banjaran Crocker iaitu kawasan yang sudah dikenali sebagai destinasi pelancongan luar bandar dan berasaskan alam," katanya semasa mengadakan pertemuan dengan ahli pemuliharaan alam yang juga Pengarah Urusan Borneo Eco Tours Albert Teo di sini.

Joniston berkata, usaha untuk memperkasakan penduduk setempat akan menggalakkan pemuliharaan jangka panjang.

Katanya, apabila masyarakat melihat nilai dalam melindungi sesuatu, mereka akan menjaganya dan ini membina kebanggaan komuniti serta kelestarian.

"Ini juga sejajar dengan pendekatan Pelancongan Budaya, Pengembaraan dan Alam Semula Jadi (CAN) yang kita laksanakan.

"Sabah adalah habitat kepada tiga daripada 15 spesies Rafflesia yang diketahui di dunia, iaitu Rafflesia Keithii, Rafflesia Pricei, dan Rafflesia Tengku-Adlinii.

"Daripada ketiga-tiga spesies ini, Rafflesia Keithii adalah spesies terbesar di Sabah, manakala Rafflesia Tengku-Adlinii paling jarang ditemui yang dinamakan sempena Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mohamood iaitu tokoh penting dalam bidang pelancongan dan pemuliharaan alam sekitar negeri ini," jelasnya.

Sementara itu, Albert mencadangkan agar komuniti tempatan mengambil peranan utama dalam mengurus dan membimbing pelawat ke lokasi bunga Rafflesia berhampiran kampung mereka.

Beliau berkata, keunikan dan tempoh mekar yang singkat menjadikan bunga ini sebagai tarikan bernilai tinggi, terutamanya bagi pelancong yang mementingkan kelestarian alam.

"Apabila terdapat spesies Rafflesia yang tumbuh berhampiran kampung, ini juga peluang bagi penduduk setempat untuk menjana pendapatan sambil melindungi sebahagian daripada warisan semula jadi.

"Dengan infrastruktur asas dan latihan yang sesuai, komuniti boleh menerima pelawat melalui aktiviti berjalan berpandu, disokong oleh kemudahan seperti laluan denai dan papan maklumat,” katanya.

Pada masa sama, Teo turut mencadangkan penubuhan satu pakatan komuniti Rafflesia, iaitu rangkaian yang menghubungkan kampung-kampung yang terletak berhampiran tapak Rafflesia yang dikenali.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.070014 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list