CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jumpa najis tikus, 4 premis termasuk restoran nasi kandar diarah tutup 2 minggu

[Copy link]
Post time 10-5-2025 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Jumpa najis tikus, 4 premis termasuk restoran nasi kandar diarah tutup 2 minggu

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mei 10, 2025 @ 12:26pm





Penemuan najis tikus dan tahap kebersihan tidak memuaskan ketika pemeriksaan dalam operasi bersepadu, di Jalan Trengganu, menyebabkan empat premis ditutup selama 14 hari. - NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFLI



GEORGETOWN: Empat premis termasuk restoran nasi kandar di Jalan Trengganu diarah tutup 14 hari susulan tahap kebersihan tidak memuaskan termasuk penemuan najis tikus ketika pemeriksaan dalam operasi bersepadu, semalam.

Notis penutupan sehingga 22 Mei itu dikeluarkan Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengikut Undang-undang Kecil 38(1) Undang-undang Establisymen Makanan) MPPP 1991.

Pemeriksaan pertama dilakukan terhadap kafe menempatkan sembilan gerai, menemukan najis tikus berhampiran tempat simpanan barangan, manakala di medan selera menempatkan hampir 50 gerai pula, najis tikus ditemukan di bawah peti sejuk salah satu daripada gerai berkenaan.

Ketika pemeriksaan terhadap peti sejuk penyimpanan air bagi jualan, peniaga didapati turut menyimpan ubat dalam peti sama.

Bagi kafe dan restoran nasi kandar pula, najis tikus ditemukan di bahagian dapur premis itu.

Operasi berkenaan diketuai Pegawai Persekitaran Kanan Jabatan Pelesenan MBPP, Amalina Nabilah Ghazali, membabitkan 26 penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut.

Dalam operasi itu, antara aspek diberi perhatian adalah syarat pelesenan ditetapkan MBPP seperti lesen perniagaan sah laku tempoh, kebersihan premis, pematuhan pengendali makanan dan sebagainya.

Turut diberi penekanan larangan merokok di premis, permit menyimpan barangan kawalan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mempamer tanda harga mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) serta pemeriksaan pencukaian mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.

KPDN juga mengeluarkan kompaun bagi empat kes bernilai RM1,900 mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, manakala KKM mengeluarkan dua notis berkaitan pelanggan merokok dalam premis makanan mengikut Akta Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau berjumlah keseluruhan sebanyakk RM 500.

LHDN memperoleh maklumat berkaitan percukaian Akta Cukai Pendapatan 1967 yang membabitkan pemilik serta penyewa gerai bagi tindakan selanjutnya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/05/1394332/jumpa-najis-tikus-4-premis-termasuk-restoran-nasi-kandar-diarah-tutup-2





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.038925 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list