CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52|Reply: 0

[Pulau Pinang] 80 peratus kilang emas di Pulau Pinang - FGJAM

[Copy link]
Post time 10-5-2025 01:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 10-5-2025 01:52 AM

80 peratus kilang emas di Pulau Pinang - FGJAM

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
09 Mei 2025 05:25pm




Hock Yew (dua dari kiri) mengiringi Kon Yeow (tengah) di The Malaysia Gold & Jewellery Trade Exhibition 2025 di Pusat Konvensyen Setia Spice pada Jumaat.



GEORGE TOWN - Kira-kira 80 peratus kilang pembuatan emas di Malaysia tertumpu di Pulau Pinang.

Presiden Persekutuan Persatuan Tukang Emas dan Barang Kemas Malaysia (FGJAM), Datuk Chiah Hock Yew berkata, pengilang emas di rantau ini sedang memacu industri ke tahap yang lebih tinggi.


“Pulau Pinang dan Seberang Perai bukan sahaja menjadi kawasan teras pembuatan emas di Malaysia, malah mempunyai potensi besar untuk menjadi pusat perdagangan emas serantau,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran The Malaysia Gold & Jewellery Trade Exhibition 2025 di Pusat Konvensyen Setia Spice di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian dengan merujuk data dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 18 April yang menunjukkan nilai eksport keseluruhan produk berkaitan emas pada suku pertama 2025 mencecah RM2.34 bilion.


Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 9.76 peratus berbanding RM2.132 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Angka yang memberangsangkan ini mencerminkan potensi besar Malaysia dalam pasaran emas global,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam ucapannya berkata, ketidaktentuan ekonomi global telah menyumbang kepada lonjakan ketara harga emas dunia yang kini mencecah lebih USD3,000 satu auns.

“Ini bukan sekadar turun naik pasaran, ini adalah satu petanda,” katanya.


Kon Yeow menambah, emas membuktikan nilainya yang kekal dan acara seperti pameran tersebut menjadi lebih relevan.

"Tahun lalu terdapat 20 syarikat dari Pulau Pinang yang menyertai pameran tersebut dan berharap jumlah itu akan meningkat.

“Kita mahu melihat lebih ramai pemain tempatan menceburi bidang ini,” katanya.

Beliau berkata, Pulau Pinang mampu menerajui pengeluaran emas dan barang kemas di peringkat nasional.

“Kita percaya kepada bakat tempatan dan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana untuk menyerlah dan kita bersedia memberi sokongan,” katanya.

Kon Yeow menambah, ini adalah masa terbaik untuk meletakkan Pulau Pinang sebagai pemain utama, malah peneraju dalam industri barang kemas serantau.

https://www.sinarharian.com.my/article/727576/edisi/utara/80-peratus-kilang-emas-di-pulau-pinang---fgjam



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.059695 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list