CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52|Reply: 0

[Pulau Pinang] Feri percuma di Pulau Pinang sempena Wesak

[Copy link]
Post time 10-5-2025 01:26 AM | Show all posts |Read mode
Feri percuma di Pulau Pinang sempena Wesak

BERNAMA





GAMBAR fail, perkhidmatan feri baharu Pulau Pinang. FOTO NSTP



Georgetown: Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) mengumumkan perkhidmatan feri percuma bagi warganegara Malaysia sempena Hari Wesak 12 Mei ini.

Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata tambang percuma itu membabitkan perjalanan kedua-dua arah dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) ke Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) dan sebaliknya.

"Trip pertama dari PSAH bermula pada 6.30 pagi dan terakhir pada 11 malam manakala dari Pangkalan Raja Tun Uda bermula 7 pagi dengan trip terakhir pada 11.30 malam.

"Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan merujuk jadual feri yang terkini melalui laman sesawang serta media sosial rasmi SPPP dan PPSB," katanya dalam kenyataan malam ini.

Yeoh berkata, perkhidmatan percuma itu bukan sahaja bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas tetapi juga menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih lestari dan efisien.

Beliau memaklumkan statistik perkhidmatan feri melibatkan perjalanan dua hala pada sambutan Hari Wesak tahun lepas merekodkan lebih 4,391 penumpang pejalan kaki dan 1,584 kenderaan dua roda.

Angka itu menyumbang kepada jumlah penumpang pejalan kaki bagi 2024 sebanyak 2.13 juta dan 747,785 kenderaan dua roda.



Disiarkan pada: Mei 9, 2025 @ 10:49pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/1216904/feri-percuma-di-pulau-pinang-sempena-wesak




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.040306 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list