CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Hanya ada satu kem dalam PKR' - Ramanan

[Copy link]
Post time 10-5-2025 01:07 AM | Show all posts |Read mode
'Hanya ada satu kem dalam PKR' - Ramanan

Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 9, 2025 @ 9:55pm





Ramanan ketika ditemui media di sebuah hotel di Seberang Jaya hari ini. - Foto NSTP/DANIAL SAAD



BUTTERWORTH: Hanya ada satu kem yang berada dalam PKR iaitu kumpulan yang menyokong kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden parti.

Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR, Datuk Seri R Ramanan, berkata beliau tidak melihat ada kem lain dalam parti terbabit meskipun sebelum itu ada yang mendakwa terdapat kumpulan kedua dan ketiga sehingga mencetuskan fahaman berpuak-puak.



Katanya, perkara itu perlu dihentikan dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Anwar supaya kekal sebagai presiden hingga penggal berakhir.

"Itulah realiti di lapangan dan itulah realiti di peringkat akar umbi, tetapi sudah tentu ada yang katakan mungkin ada pasukan kedua atau pasukan ketiga.

"Puak kedua itu iaitu mereka mendakwa mempunyai bahagian orang atau ahli atau ketua bahagian itu, itulah yang mencipta fahaman berpuak-puak yang saya rasa itulah yang perlu kita hentikan.

Kita semua adalah satu keluarga, jika terlalu banyak salah faham komunikasi akan wujud kebencian yang tak sepatutnya berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai terdapat kem dalam PKR menjelang pemilihan parti itu yang akan berlangsung di Johor, bulan ini.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan bersama akar umbi di zon utara di Seberang Jaya hari ini.

Ditanya mengenai pencalonan Nurul Izzah Anwar yang bertanding jawatan Timbalan Presiden menentang Datuk Seri Rafizi Ramli, Ramanan berkata, ia adalah sesuatu yang bagus apabila orang yang tiada jawatan dalam kerajaan diberi peluang untuk memperkasakan parti.

"Jadi beliau boleh berkhidmat menjaga hal-ehwal parti, jentera parti, ketua-ketua cabang parti termasuk ahli parti.

"Maka, tidak perlu untuk Presiden menjaga parti yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh fokus menjalankan kerja dan tugasan kerajaan serta negara," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah mengesahkan pencalonannya untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu.

Beliau akan mencabar Ahli Parlimen Pandan yang juga Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli selaku penyandang jawatan nombor dua parti berkenaan.

Anwar turut mengesahkan pencalonan untuk mempertahankan jawatan Presiden PKR.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1394192/hanya-ada-satu-kem-dalam-pkr-ramanan





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2025 01:08 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.052073 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list