CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 83|Reply: 0

[Sarawak] Pesawah mengaku bersalah cabul anak perempuan

[Copy link]
Post time 7-5-2025 10:36 AM | Show all posts |Read mode


Tertuduh (dua kiri) diiring polis semasa berada di lobi Kompleks Mahkamah Kuching hari ini.

KUCHING: Seorang pesawah mengaku bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap anak perempuannya yang berusia enam tahun, menggunakan jarinya.

Lelaki berusia 34 tahun terbabit membuat pengakuan itu sebaik didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Sebaik pengakuan bersalah direkodkan, Hakim Iris Awen Jon menetapkan kes disebut semula pada 13 Mei 2025 bagi memberi laluan kepada pihak pendakwaan untuk mengemukakan eksibit.

Iris juga mengarahkan tertuduh untuk direman lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan seksual dengan memasukkan jari ke dalam faraj dan dubur anak perempuannya dalam satu kejadian pada April 2025, di sebuah rumah di Tebedu.

Difahamkan, pengadu iaitu ibu mangsa (isteri tertuduh) mendapati mangsa berada dalam keadaan mencurigakan pada hari kejadian dan selepas melakukan pemeriksaan, pengadu mendapati terdapat kesan kemerahan pada kemaluan mangsa.

Susulan itu, pengadu mengesyaki mangsa telah dicabul dan seterusnya membuat laporan polis, selain membawa mangsa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan.

Dalam pada itu, difahamkan tertuduh juga bakal didakwa di Mahkamah Majistret Serian di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah di dalam telefon bimbitnya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.046207 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list