CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50|Reply: 0

[Sarawak] Hargai pengorbanan pasukan keselamatan pertahan kedaulatan negara

[Copy link]
Post time 29-4-2025 04:45 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Nizam bergambar bersama warga Batalion ke-8 Rejimen Sempadan (RS) Kem Shan Shui, Tawau.

TAWAU: Pasukan keselamatan khususnya anggota tentera disifatkan sebagai benteng utama dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara, terutama di kawasan sempadan negeri Sabah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata semua rakyat di diminta supaya sentiasa bersikap patriotik dan bersama menjaga maruah negara ini.

Katanya, penghargaan tinggi wajar diberikan kepada semua anggota yang telah berkorban tenaga serta masa demi memastikan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

“Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh warga keselamatan, khususnya anggota tentera di sini, yang berjuang, berkorban dan berkhidmat tanpa mengenal penat lelah untuk mempertahankan negara.

“Berkat komitmen mereka, sempadan negara kita terus kekal aman dan selamat daripada ancaman anasir luar terutamanya yang cuba mengganggu gugat keselamatan negara,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika Majlis Sambutan Hari Raya bersama warga Batalion ke-8 Rejimen Sempadan (RS) Kem Shan Shui di sini, semalam.

Dalam majlis itu, Nizam turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Leftenan Kolonel Amran Omar atas pelantikan beliau sebagai Pegawai Pemerintah Batalion ke-8 RS Kem Shan Shui.

Katanya, meskipun telah bertugas di kem ini sejak Jun tahun lalu, namun ini adalah program pertama beliau bersama warga batalion itu.

“Kehadiran saya dalam majlis ini memberi ruang beramah mesra dan mendekatkan diri dengan warga tentera yang berkhidmat di kawasan DUN Apas.

“Saya berharap hubungan erat antara warga tentera dengan masyarakat setempat, termasuk pemimpin-pemimpin negeri, akan terus diperkukuhkan.

“Hubungan ini penting kerana rakyat awam perlu bersama-sama memainkan peranan dalam mempertahankan negara,” katanya

Beliau berkata bahawa kerjasama erat antara rakyat dan pasukan keselamatan akan menjadi kekuatan tambahan dalam memastikan Sabah, khususnya kawasan sempadan, kekal aman dan stabil.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036945 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list