CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35|Reply: 0

[Sarawak] MOTS komited perkasa infrastruktur sungai di seluruh negeri

[Copy link]
Post time 28-4-2025 10:02 AM | Show all posts |Read mode


Lee mengadakan lawatan tapak ke Projek Bina Baharu Pontun di Bintangor, hari ini.

BINTANGOR: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) kekal teguh dalam komitmennya untuk meningkatkan keselamatan, kefungsian dan kemampanan infrastruktur sungai di seluruh negeri.

Menterinya Dato Sri Lee Kim Shin berkata, salah satu projek yang sedang giat dilaksanakan di kawasan ini ialah penggantian pontun RC di Tebingan Batang Rajang di Pekan Bintangor.

"Projek ini dilaksanakan bagi menggantikan pontun lama yang uzur serta tidak lagi selamat digunakan.

"Kemudahan pontun ini amat penting bagi kegunaan penduduk setempat dalam aktiviti harian seperti memunggah, membawa dan memasarkan hasil tempatan ke Pekan Bintangor.

"Projek ini telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program penambahbaikan infrastruktur lebih luas yang turut merangkumi projek sama seperti di Sibu dan Bintulu," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media sejurus selesai mengadakan lawatan kerja bagi memantau Projek Bina Baharu Pontun di Bintangor, hari ini.

Lee berkata, projek itu melibatkan tempoh pembinaan selama 10 bulan, diikuti dengan Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) selama 12 bulan.

Katanya, kerja-kerja fizikal di tapak bermula pada 6 November 2024.

"Pada masa sama, kerja-kerja penambahbaikan sementara di jeti alternatif di Jalan Maju turut dilakukan termasuk pemasangan struktur fender, pagar keselamatan dan kemudahan sokongan berkaitan untuk memastikan akses awam berterusan sepanjang tempoh pembinaan.

"Setakat hari ini, projek telah mencapai 46.8 peratus kemajuan fizikal dengan pakej kerja utama seperti cerucuk, fabrikasi pontun dan penambahbaikan jeti sedang dijalankan.

"Pihak kementerian akan memantau dengan teliti pelaksanaan projek dan bekerjasama secara proaktif dengan agensi pelaksana dan kontraktor untuk memastikan tiada kelewatan dalam penghantaran," ujar Lee.

Tambahnya, semua usaha sedang dilakukan untuk kekal mengikut jadual sambil mengekalkan standard kualiti dan keselamatan yang tinggi.

Katanya lagi, projek itu bukan sekadar penggantian struktur, malah merupakan pelaburan penting dalam meningkatkan keselamatan pengangkutan, menggalakkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan kemudahan awam.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.127349 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list