CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31|Reply: 0

[Sarawak] Rentap seru pelajar Kolej Vokasional manfaatkan peluang dalam TVET

[Copy link]
Post time 28-4-2025 09:57 AM | Show all posts |Read mode


Rentap melakukan simbolik pelancaran Sambutan Jubli Emas Kolej Vokasional Sibu sempena dengan Majlis Rumah Terbuka Perpaduan MADANI, hari ini.

SIBU: Pelajar Kolej Vokasional diseru memanfaatkan sebaik mungkin peluang dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) demi menjamin masa depan yang lebih kukuh, selaras dengan hala tuju pembangunan Sarawak.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu berkata, kerajaan negeri sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif strategik dalam sektor-sektor baharu seperti teknologi tenaga hidrogen, pengangkutan bas pintar, industri aeroangkasa serta pelbagai peluang lain yang terbuka luas untuk dimanfaatkan anak muda Sarawak.

"TVET bukan sekadar tentang belajar kemahiran teknikal, ia adalah tiket kepada masa depan kerjaya yang stabil dan menjanjikan pendapatan lumayan.

"Tetapi harus diingat, kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha dan kemahiran," ujarnya ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jubli Emas Kolej Vokasional Sibu di dewan kolej tersebut, hari ini.

Rentap yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar turut mengingatkan pelajar tentang pentingnya menjauhkan diri daripada sikap malas yang disifatkan sebagai 'musuh utama manusia.'

Menurutnya, kemahiran yang diperoleh di kolej perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menarik minat majikan dan membina keyakinan diri.


Rentap (duduk tengah) merakamkan kenangan bersama hadirin pada Majlis Rumah Terbuka Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jubli Emas Kolej Vokasional Sibu, hari ini.

Dalam era teknologi yang semakin canggih terutama dengan kemunculan kecerdasan buatan (AI), beliau menggesa pelajar untuk melengkapkan diri bukan sahaja dengan ilmu teori, malah dengan pengalaman serta kebolehan menilai maklumat dan membuat keputusan yang bijak.

Mengenai sambutan Jubli Emas kolej tersebut, Rentap mengiktiraf peranan penting institusi itu yang telah berjaya melahirkan ribuan alumni berkemahiran tinggi sepanjang lima dekad penubuhannya.

Alumni tersebut katanya, kini menyumbang dalam pelbagai sektor penting dalam negeri dan negara.

"Jelas sekali, Kolej Vokasional Sibu merupakan antara institusi yang menjadi nadi pembangunan tenaga kerja mahir di Sarawak.

"Saya harap semua warga pendidik dan pelajar akan terus berusaha mengejar kejayaan yang lebih tinggi," katanya.

Sebagai tanda sokongan kepada usaha pendidikan kolej itu, beliau mengumumkan geran sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Vokasional Sibu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.038134 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list