CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59|Reply: 0

[Sabah] Bayi lelaki ditinggalkan di hadapan rumah di Pulau Gaya

[Copy link]
Post time 26-4-2025 08:38 PM | Show all posts |Read mode


BARU LAHIR: Bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam sebuah beg di hadapan tangga sebuah rumah di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya awal pagi tadi.

KOTA KINABALU: Bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam sebuah beg di hadapan tangga sebuah rumah di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihak polis dari Balai Polis Pulau Gaya menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar jam 6.00 pagi, hasil laporan daripada Ketua Kampung Lok Urai.

“Sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian dan hasil siasatan awal mendapati sekitar jam 5.30 pagi, seorang lelaki tempatan menemukan sebuah beg berwarna hijau.

“Sebaik dibuka terdapat seorang bayi lelaki dibaluti kain batik di hadapan rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, lelaki berkenaan segera membawa bayi itu ke beranda rumah sebelum memaklumkan Ketua Kampung dan seterusnya menghubungi pihak polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan kerana membuang bayi dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penduduk kampung atas keprihatinan dan tindakan pantas melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

“Pembuangan bayi adalah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan merupakan satu jenayah serius.

“PDRM menyeru masyarakat agar lebih peka terhadap sebarang aktiviti mencurigakan dan terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan komuniti terus terpelihara,” katanya.

Pihak polis turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan kes pembuangan bayi di negeri ini pada minggu ini.

Selasa lalu, penduduk terkejut apabila bayi perempuan ditemukan ditinggalkan dalam sebuah kotak di hadapan sebuah rumah di Kampung Brunei, Membakut.

Bayi yang dianggarkan berusia 36 minggu itu ditemukan dalam kotak bersama tuala dan beberapa biji limau kapas, dengan nota menyayat hati bertulis: “Ada anak saya dalam kotak ini. Tolong jaga anak saya, semoga rezeki dipermurahkan.”


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2025 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.072612 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list