CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82|Reply: 0

[Sarawak] Program Bakti MADANI di Stadium Bandaraya Miri pada 9-11 Mei

[Copy link]
Post time 25-4-2025 04:08 PM | Show all posts |Read mode


(Dari kiri) Hadysyam, Ismawi, Sardon dan Juan pada sidang media Program Bakti MADANI di Miri, hari ini.

MIRI: Program Bakti MADANI (PBM) Miri 2025 yang membawa tema 'Sarawak Maju Makmur - SCORE Ke Arah Pemerkasaan Rakyat' akan diadakan di Stadium Bandaraya Miri pada 9 hingga 11 Mei.

Program dianjurkan bersama Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) di bawah Pejabat Perdana Menteri.

Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datuk Ismawi Ismuni berkata, tarikh asal penganjuran pada bulan Februari terpaksa ditangguhkan susulan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Sarawak, sebagai langkah prihatin terhadap komuniti yang terkesan terutamanya di Miri.

"Antara tujuan program ini ialah untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang usaha yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti inisiatif MADANI dan PCDS 2030," jelas Ismawi.

Majlis perasmian dijangka akan disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 10 Mei, jam 10.30 pagi.

Iswawi berkata, seramai 3,000 pengunjung dijangka hadir pada hari perasmian yang menyaksikan sebuah kereta Proton Saga 1.3 Premium menanti pemenang utama cabutan bertuah.

Hadiah lain adalah tiga motosikal SM Sport 110E (N2), iPad dan televisyen pintar.

"Kita turut menganjurkan Battle of The Bands, menjemput artis seperti Baby Shima dan Alleycats untuk menjayakan Konsert Rakyat," jelasnya.

Beliau memberitahu, seramai 72 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan terlibat dalam Karnival Usahawan RECODA sempena program itu.

Selain pameran, turut diadakan Sesi Pocket Talk dan Jualan RAHMAH.

Ismawi berkata, penganjur juga mengadakan Program Satelit di Subis pada 10 Mei di Stadium Terbuka Sepupok, Niah yang melibatkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan komuniti, saringan kesihatan percuma, cabutan bertuah dan pameran.

Hadir sama semasa sesi sidang media tersebut ialah Pengarah Corp Services Dr Hadysyam Junaidi, Ketua Pegawai Media dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS Mohammad Sardon Zainal serta Pengarah Wilayah Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) RECODA Juan Ubit.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2025 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.042770 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list