CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56|Reply: 0

[Sabah] Azalina, Ewon ke Istiadat Pengebumian Negara Paus Francis di Vatican

[Copy link]
Post time 25-4-2025 03:48 PM | Show all posts |Read mode


SAMBUT: Ewon bersama-sama dengan Cardinal Sebastian Francis disambut oleh Duta Malaysia di Vatican, Hendy Anak Assan.

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick akan mewakili Kerajaan Malaysia ke Istiadat Pengebumian Negara mendiang Paus Francis (gambar) yang akan diadakan pada 26 April di Vatican City.

Perkara terbabit disahkan Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Istiadat berkenaan merangkumi Misa Pengebumian mengikut adat keagamaan Roman Katolik yang akan berlangsung di St. Peter’s Square, Vatican City. Upacara itu akan dipimpin oleh Ketua Kolej Kardinal Giovanni Battista Re,.

Selesai misa, satu istiadat perarakan akan diadakan untuk mengiringi jenazah Paus Francis ke Basilika Santa Maria Maggiore di Rom, tempat beliau akan disemadikan dalam satu upacara tertutup yang dihadiri pemimpin tertinggi Gereja Katolik serta wakil-wakil khas dari seluruh dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Paus Francis pada 21 April 2025.

Dalam perutusannya, Perdana Menteri memperingati sumbangan mendiang dalam menggalakkan dialog antara agama, memperjuangkan kelestarian alam sekitarserta memperjuangkan hak golongan yang dimarginalisasi.

Sebagai tanda penghormatan tambahan, Ewon turut hadir ke Kedutaan Vatican di Kuala Lumpur pada 23 April bagi menandatangani Buku Takziah mewakili Kerajaan Malaysia.

Malaysia dan Vatican menjalin hubungan diplomatik yang erat sejak 2011, dan penyertaan Malaysia dalam istiadat ini mencerminkan komitmen berterusan negara terhadap keharmonian antara agama serta hubungan antarabangsa yang saling menghormati.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2025 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.070914 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list