CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68|Reply: 0

[Pulau Pinang] Empat sistem amaran awal tsunami di Pulau Pinang dinaik taraf

[Copy link]
Post time 23-4-2025 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Empat sistem amaran awal tsunami di Pulau Pinang dinaik taraf

Oleh BERNAMA - April 23, 2025 @ 6:04pm




Penolong Pengarah Kanan Pejabat METMalaysia Pulau Pinang Fadila Jasmin Fakaruddin (kanan), meninjau antara komponen SAATNM yang dinaik taraf di negeri itu.



GEORGE TOWN: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sudah menaik taraf empat Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) yang terletak di lokasi berhampiran laut di Pulau Pinang.

Penolong Pengarah Kanan Pejabat METMalaysia Pulau Pinang, Fadila Jasmin Fakaruddin, berkata SAATNM yang dinaik taraf itu dilengkapi dengan beberapa ciri yang lebih baik termasuk pembesar suara 360 darjah, berbanding hanya tiga corong pembesar suara sebelum ini.

Beliau berkata empat lokasi tersebut ialah Pusat Latihan Kenegaraan di Pantai Pasir Panjang, Balik Pulau; Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Teluk Bahang; Masjid Jamek Ar Rahman di Batu Feringghi dan Masjid Terapung Tanjung Bungah.

"METMalaysia menaik taraf empat SAATNM itu kerana SAATNM yang lama iaitu fasa satu telah digunakan sejak 2006 lagi. SAATNM yang dinaik taraf ini mempunyai sistem pembesar suara 360 darjah, tiangnya lebih tinggi iaitu 16 meter berbanding 10 meter sebelum ini.

"Hari in kita membuat pengujian sistem siren tsunami baharu itu bagi Site Acceptance Test (SAT) di lokasi Masjid Jamek Ar-Rahman dan semuanya berjalan lancar serta baik," katanya ketika ditemui Bernama selepas mengadakan pengujian siren SAATNM di Masjid Jamek Ar-Rahman dekat sini hari ini.

Fadila Jasmin berkata, pihaknya sudah melakukan pengujian siren SAATNM itu di Teluk Bahang pada Isnin; Balik Pulau semalam dan ia akan diteruskan di Masjid Terapung Tanjung Bungah esok.

"Kita harap dengan menaik taraf SAATNM, ia dapat memberikan amaran dengan lebih pantas kepada orang ramai yang berada di kawasan laut jika berlaku sebarang ancaman tsunami," katanya.

Sementara itu Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Resort Park Royal Batu Ferringhi, V Mohan, yang turut hadir melihat ujian siren SAATNM, yakin dengan sistem yang telah dinaik taraf, ia dapat memberikan maklumat tentang amaran tsunami dengan lebih cepat, termasuk kepada pengunjung hotelnya yang terletak kira-kira 300 meter dari lokasi masjid tersebut.

"Kita boleh ambil tindakan (segera) malah pembesar suara yang baharu ini juga sangat jelas serta boleh didengar hingga ke hotel, yang sebelum ini pun boleh dengar, cuma saya rasa ini lebih jelas," katanya.

SAATNM berupaya untuk menyalurkan maklumat gempa bumi kepada orang awam dalam tempoh lapan minit selepas dikesan oleh sensor.

Ia juga berperanan mengesan gempa bumi yang berlaku di rantau ini dan seterusnya mengeluarkan maklumat gempa bumi serta nasihat atau amaran jika ia berpotensi menjana ombak tsunami. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1388094/empat-sistem-amaran-awal-tsunami-di-pulau-pinang-dinaik-taraf





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.034319 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list