CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 80|Reply: 0

[Sabah] ELMU Meterai MoU Strategik dengan MIRAR, MHA dan DHS Hospitality

[Copy link]
Post time 21-4-2025 03:04 PM | Show all posts |Read mode


KERJASAMA: Hairul Ridza (dua kiri) dan Presiden MIRAR, Khairiri A. Ghani (dua kanan) selepas menandatangani MoU berkenaan.

KOTA KINABALU: ELMU Education Group memeterai dua perkongsian strategik melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Malaysian Institute for Risk and Resilience (MIRAR), serta MoU tiga pihak dengan Persatuan Hospitaliti Malaysia (MHA) dan DHS Hospitality Academy.

Kerjasama ini adalah pencapaian penting dalam misi ELMU untuk membangunkan program latihan dan kepimpinan berkualiti tinggi yang relevan dengan industri, sejajar dengan keperluan sektor awam dan swasta Malaysia yang semakin berkembang.

Majlis Menandatangani MoU yang diadakan di kampus ELMU Bandar Enstek, Seremban Negeri Sembilan itu telah dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap institusi.

Antaranya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Presiden Strategi dan Penyelidikan Kumpulan ELMU, Datuk Hairul Ridza Hayata; Presiden MIRAR, Haji Khairiri A. Ghani; Presiden MHA, Dr. S. Sri Kumar; dan Naib Presiden (Operasi) DHS Hospitality Academy, Hazlin Ismail.

Majlis ini menyerlahkan komitmen bersama untuk memperkukuh keupayaan profesional, mempertingkat kerjasama merentas sektor, serta memacu kemajuan negara melalui tadbir urus, ketahanan risiko dan pembangunan tenaga kerja.

MoU antara ELMU dan MIRAR memberi tumpuan kepada pengukuhan rangka kerja Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan merentasi pelbagai sektor termasuk kewangan, penjagaan kesihatan, teknologi dan perkhidmatan awam.

Melalui kerjasama ini, ELMU dan MIRAR akan membangunkan program latihan bersama dan pensijilan profesional dalam bidang Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan, menyediakan perkhidmatan perundingan berkaitan pengurusan risiko, perancangan ketahanan, dan pematuhan.

Selain itu, menjalankan penyelidikan dan penerbitan bersama dan memperluas bantuan melalui inisiatif penjenamaan bersama yang menyasarkan golongan profesional pertengahan kerjaya.


HAIRUL RIDZA

Hairul Ridza berkata, kerjasama ini selari dengan misi ELMU untuk melahirkan profesional yang sentiasa  memandang jauh ke hadapan serta peka kepada risiko.

Katanya, bersama MIRAR, ELMU berhasrat untuk memimpin usaha memperlengkap industri dengan ilmu Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan dan strategi ketahanan yang kritikal.

Presiden MIRAR, Haji Khairiri A. Ghani pula berkata, kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh ketahanan negara melalui penyelesaian praktikal berasaskan piawaian.

“Dengan mengintegrasikan tadbir urus, risiko dan pematuhan ke dalam pembangunan kepimpinan, kami berhasrat untuk memperkasakan organisasi dalam menjangka, bertindak balas dan pulih daripada cabaran yang kompleks,” katanya.

Sementara itu, MoU tiga pihak antara ELMU, MHA dan DHS Hospitality Academy bertujuan memperkasakan tenaga kerja hospitaliti negara melalui pembangunan terancang yang dipacu oleh industri.


Dr. S. SRI KUMAR

Dr. S. Sri Kumar berkata, Kerjasama ini mencerminkan visi bersama kami untuk meningkatkan standard tenaga kerja hospitaliti Malaysia.

“Kerjasama ELMU dan DHS Hospitality Academy, kami membina laluan pembangunan kemahiran yang terancang dan dipacu industri, bagi memastikan para profesional kami bersedia memenuhi jangkaan di peringkat tempatan dan global,” katanya.

Majlis Menandatangani MoU ini mencerminkan fokus strategik ELMU Education Group dalam membina kapasiti tenaga kerja melalui kerjasama yang memenuhi keperluan dunia sebenar.

Dengan sokongan MIRAR, MHA dan DHS Hospitality Academy, ELMU berada dalam kedudukan yang kukuh untuk memperluaskan tawaran pendidikan dan perundingannya bagi menyokong ketahanan ekonomi dan pertumbuhan sektor di Malaysia.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.039315 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list