CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 126|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan ambil langkah mitigasi banjir sebelum bina Pan Borneo

[Copy link]
Post time 16-4-2025 08:51 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Simulasi banjir dan penilaian risiko antara langkah mitigasi banjir yang dilambil kerajaan sebelum melaksanakan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini.


Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury berkata, reka bentuk projek berkenaan mengambil kira simulasi banjir untuk memastikan pembinaan lebuh raya tidak menyebabkan perubahan ketara dalam aliran air dan sistem saliran sedia ada.


Katanya, pendekatan itu juga bagi memastikan agar banjir tidak menjadi lebih buruk akibat projek pembinaan terbabit.


"Kementerian sentiasa mengambil serius isu banjir, terutama di kawasan rendah yang terjejas ketika hujan lebat. Dalam konteks Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah, langkah-langkah mitigasi banjir menjadi keutamaan dalam perancangan dan pelaksanaan projek ini.


"Langkah mitigasi diambil kementerian supaya projek ini tidak memberi kesan negatif kepada sistem saliran dan keadaan banjir di kawasan terlibat," katanya.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr. Daud Yusof (WARISAN-Bongawan)  mengenai usaha kerajaan untuk memastikan tidak berlaku banjir setiap kali hujan lebat di kawasan yang rendah berkaitan dengan projek melibatkan Projek Pan Borneo.


Limus berkata, kementerian turut mengambil langkah inovatif dengan membuat reka bentuk jalan bertingkat di daerah Beaufort yang sering terjejas banjir ketika musim hujan.


Justeru katanya, dengan adanya jalan bertingkat, aliran air hujan tidak akan terhalang oleh laluan lebuh raya dan ia dapat mengurangkan risiko banjir selain meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.


Dalam pada itu jelasnya, sepanjang fasa pembinaan, pihak kontraktor bertanggungjawab untuk memastikan saliran sementara dan saliran baharu yang dibina tidak terhalang oleh kelodak, sampah, atau tumbuhan.


Menurutnya, pemantauan dan penyelenggaraan rutin dilaksanakan bagi memastikan aliran air sentiasa lancar.


"Pasukan pelaksana projek juga mengambil inisiatif untuk menambah baik reka bentuk asal perparitan sepanjang sempadan kerja projek Lebuhraya Pan Borneo, berdasarkan keperluan semasa dan keadaan di lapangan.


"Ini bertujuan memperbaiki sistem saliran dan mengurangkan risiko banjir.


"Pihak kementerian juga mengadakan perbincangan secara berkala dengan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah, bagi memastikan langkah-langkah mitigasi banjir yang lebih berkesan dapat dilaksanakan," jelasnya.


Beliau berkata, hasil daripada perbincangan itu, beberapa penambahbaikan sistem saliran dibuat untuk meningkatkan keberkesanan langkah-langkah mitigasi banjir di kawasan terjejas, contohnya naik taraf pembetung kepada saiz yang lebih besar bagi meningkatkan kapasiti aliran air.


Katanya, pihak kementerian juga sentiasa memastikan kelulusan diperoleh sebelum sebarang aktiviti pembinaan dimulakan di kawasan sungai yang terlibat.


"Kementerian menyedari bahawa penyelesaian terhadap masalah banjir tidak hanya bergantung kepada langkah-langkah mitigasi dalam pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sahaja.


"Oleh yang demikian, dalam menangani isu yang berada di luar sempadan projek Pan Borneo, tindakan bersepadu daripada pelbagai agensi berkaitan akan dipergiatkan," katanya. - Utusan Borneo


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2025 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.455342 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list