CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 92|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita menari mencolok mata cemar imej Batu Feringghi

[Copy link]
Post time 16-4-2025 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Wanita menari mencolok mata cemar imej Batu Feringghi

Zuhainy Zulkiffliam@hmetro.com.my





TANGKAP layar video tular memaparkan gadis dengan tarian separuh bogel dan mencolok mata, dipercayai berlaku ketika sambutan Pesta Songkran di Batu Feringghi. FOTO Tular




Georgetown: Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringghi, di sini, kesal dengan video tular memaparkan beberapa wanita menari separuh bogel dan mencolok mata dipercayai ketika Pesta Songkran, baru-baru ini.

Pengerusinya Ismail Din berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai video kejadian berkenaan didakwa berlaku di Batu Feringghi apabila tular di media sosial pada Ahad lalu.

"Kami hanya tahu mengenainya selepas video berkenaan tular, yang memaparkan aktiviti tarian separuh bogel, mencolok mata oleh beberapa wanita di tingkat atas sebuah restoran.

"Ia jelas sekali menunjukkan aktiviti tidak senonoh dan menjelekkan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, penganjuran aktiviti berkenaan adalah amat tidak bermoral dan pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu kerana tidak sensitif dan mencemar imej pantai Batu Feringghi yang menjadi tumpuan awam.

"Kami menyarankan pihak berkuasa yang terbabit melihat dengan lebih teliti permohonan permit sebelum memberi kebenaran bagi mengelakkan aktiviti seperti ini berulang di masa hadapan kerana menggugat sensitiviti masyarakat Islam di sini," katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 37 saat itu memaparkan beberapa wanita berpakaian mencolok mata menari di restoran terbabit.

Ia mendapat pelbagai reaksi warganet berikutan lokasi penganjuran aktiviti itu yang terletak kira-kira 50 meter daripada masjid.



Disiarkan pada: April 16, 2025 @ 10:33am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1208215/wanita-menari-mencolok-mata-cemar-imej-batu-feringghi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.033966 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list