CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 109|Reply: 0

[Sarawak] Kilang plastik di Jalan Kong Ping musnah terbakar

[Copy link]
Post time 16-4-2025 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-4-2025 10:43 AM





Kebakaran kilang plastik di Jalan Kong Ping. - Gambar JBPM Sarawak

KUCHING: Sebuah kilang pembuatan plastik di Jalan Kong Ping, di sini dilaporkan musnah dalam kebakaran malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran tersebut pada jam 9.52 malam.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang, Padungan dan Tabuan Jaya telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.
“Kebakaran melibatkan kilang pembuatan plastik jenis struktur tidak kekal yang telah terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba terus bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan sumber air terbuka serta bantuan water tanker.

“Sebuah jengkaut dari kilang berdekatan juga digunakan bagi mengalihlan sisa struktur yang berat bagi tujuan pemadaman,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.57 malam dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.45 pagi hari ini.

“Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa,” katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak.

“Setelah memastikan keadaan selamat dan tiada lagi punca api, anggota bomba kemudian bertolak balik ke balai,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2025 04:15 AM GMT+8 , Processed in 3.343972 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list