CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 98|Reply: 0

[Sarawak] Pesta Benak 2025 berwajah baharu

[Copy link]
Post time 15-4-2025 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-4-2025 01:03 PM



KENANGAN... Mahra (kanan) menyampaikan cenderahati tanda kenangan kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada Pesta Benak Edisi 2024.

SIMANGGANG: Acara ikonik di Bandar Simanggang, Pesta Benak Edisi 2025, ditetapkan untuk diadakan dari 19 hingga 21 September depan.

Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman Bil.1/2025 yang dipengerusikan oleh Pemangku Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh.

Menurut Mahra, mesyuarat sebulat suara bersetuju menetapkan tarikh rasmi Pesta Benak Edisi 2025 pada 19 hingga 21 September 2025.

“Tarikh ini dipilih berdasarkan faktor pasang surut (air) benak di Batang Lupar, serta bagi mengelakkan pertindihan dengan acara penting Kerajaan Sarawak seperti Regata Sarawak.

“Penetapan tarikh lebih awal juga memberi ruang kepada semua pihak untuk membuat persiapan rapi dari segi logistik, promosi, dan pengisian acara yang lebih tersusun dan menarik. Kami ingin Pesta Benak tahun ini melibatkan pelbagai penambahbaikan strategik untuk meningkatkan impak penganjurannya,” katanya.

Beliau menambah bahawa Pesta Benak Edisi 2025 bakal berwajah baharu. Mesyuarat juga memberi tumpuan kepada penilaian kejayaan dan cabaran Pesta Benak edisi tahun lalu, serta merangka pelan tindakan untuk memastikan edisi 2025 lebih berkesan dari segi ekonomi, pelancongan, dan pemerkasaan budaya komuniti tempatan.

“Pentadbiran Bahagian Sri Aman dan jawatankuasa penganjur komited untuk meningkatkan tahap penganjuran pesta agar mencapai piawaian yang lebih tinggi.

Pesta Benak bukan sekadar acara tahunan, tetapi merupakan platform signifikan yang menampilkan identiti Simanggang, membina sinergi antara masyarakat dan agensi kerajaan, serta memperkukuh daya tarikan pelancongan Bahagian Sri Aman,” ujarnya.

Beliau menyeru semua pihak, termasuk komuniti akar umbi, untuk terus bekerjasama menjayakan penganjuran pesta ini agar benar-benar menjadi milik rakyat dan memberi impak ekonomi jangka panjang kepada kawasan ini.

Antara penambahbaikan utama yang dibincangkan termasuk penyusunan semula tapak gerai secara berkluster mengikut kategori — halal, bukan halal, makanan, kraf tangan, dan korporat. Terdapat juga cadangan untuk menempatkan pentas utama di lokasi strategik yang tidak mengganggu pergerakan pengunjung.

Isu kebersihan, termasuk keperluan menambah tong sampah dan menyediakan tandas mudah alih yang mencukupi, juga akan ditangani dengan menjadualkan kerja pembersihan secara lebih sistematik.

Keutamaan juga akan diberikan kepada penyertaan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan.

Dalam usaha meningkatkan promosi dan memudahkan pelawat mendapatkan maklumat, satu laman sesawang rasmi dan aplikasi mudah alih Pesta Benak akan dibangunkan.

“Platform digital ini akan menyediakan fungsi pendaftaran, panduan lokasi, dan siaran langsung acara secara dalam talian,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.054189 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list