CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 92|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki mengaku salah sepak kereta jiran sehingga kemik

[Copy link]
Post time 15-4-2025 12:38 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki didenda RM3,500 atau enam bulan penjara di Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menyepak kereta jirannya sehingga kemik dan menimbulkan kerugian RM1,200.

Robert Kadut, 55, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ling Hui Chuan sebaik didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 April 2025 sekitar jam 1.40 pagi di hadapan rumah pengadu wanita berusia 35 tahun yang terletak di Taman Malihah, Jalan Matang di sini.

Fakta kes mendedahkan pengadu terdengar jiran sebelah rumah (tertuduh) membuat bising dengan menjerit dan susulan itu, pengadu membuka pintu rumah dan melihat tertuduh menyepak kereta kompak miliknya.

Akibat kejadian itu, kereta pengadu mengalami kemik di bahagian bonet dan pintu penumpang bahagian kanan.

Pengadu tidak mengetahui punca tertuduh berbuat demikian. Laporan polis dibuat dan tertuduh ditangkap pada hari sama sekitar jam 11 malam.

Difahamkan, semasa kejadian berlaku, pengadu tidak berani untuk menegur perbuatan tertuduh susulan tertuduh disyaki berada di bawah pengaruh alkohol.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.034526 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list