CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 87|Reply: 0

[Sabah] Bekas Ahli Parlimen Silam meninggal dunia

[Copy link]
Post time 14-4-2025 11:22 AM | Show all posts |Read mode


LAHAD DATU: Bekas Ahli Parlimen Silam, Datuk Dr. Salleh Kalbi meninggal dunia di Hospital Lahad Datu pada jam 4.40 pagi tadi akibat jangkitan paru-paru.

Menurut Isteri beliau, Datin Fatmah Abdul Aziz ketika dihubungi berkata Allahyarham,61, telah menjalani rawatan di hospital lebih dua minggu.

“Jenazah akan diuruskan dan disolatkan di Masjid Firdaus Kampung Sapagaya, di sini dijangka akan dikebumikan Tanah Perkuburan Orang Islam di Kampung Terusan selepas solat Zuhur,” katanya.

Allahyarham adalah wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk Parlimen Silam (kini Parlimen Lahad Datu) mewakili Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Lahad Datu dan Kunak pada tahun 2008-2013.

Allahyarham terkenal dengan sifat rendah diri dan mudah didekati rakyat malah sehingga sebelum akhir hayat beliau masih meneruskan perjuangan membela rakyat di daerah ini melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua orang anak perempuan, Amirah Mahfuzah Syopieah dan Amera Elezadiba Syalesiah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.055980 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list