CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86|Reply: 0

[Sarawak] Manfaatkan kemasukan pengunjung luar, majukan IKS

[Copy link]
Post time 14-4-2025 10:37 AM | Show all posts |Read mode


Dr Abdul Rahman (dua kiri) ditemani Zahedi (tiga kiri) ketika berkunjung pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Limpaong. lbg-ub120425-dm-perkasa iks2

LIMBANG: Penduduk di utara Sarawak perlu mengambil manfaat melalui kemasukan pengunjung luar ke bahagian itu dengan mengusahakan dan memajukan perusahaan kecil dan sederhana (IKS) yang memberi pendapatan serta peluang ekonomi kepada mereka.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Limbang bukan saja mempunyai produk dan destinasi menarik tetapi produk IKS yang berupaya dikembangkan dan dikomersilkan di pasaran tempatan dan luar.

Katanya ketika ini Limbang merekodkan kemasukkan jumlah pengunjung terutama dari negara jiran Brunei agak tinggi setiap minggu untuk membeli belah di daerah berkenaan.

“Kalau kita ada produk menarik ramai akan datang kita sudah lihat sebelum Hari Raya baru-baru ini ramai pengunjung dari Brunei datang membeli belah di Limbang.

“Jika pembangunan semuanya terlaksana lebih ramai lagi orang akan datang dan kita ambil peluanglah menjual produk-produk kita seperti kuih muih kering, kraftangan, produk, parang, dan inap desa,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Limpaong pada Jumaat malam.

Turut sama ialah Pegawai Perpaduan Bahagian Suriani Yusop dan Penghulu Zahedi Asol.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, sektor domestik yang mampu dikembangkan adalah makanan kering, kraftangan, produk parang tempatan serta program inap desa untuk pengunjung.

Tambah beliau peningkatan jumlah peniaga menyumbang kepada sektor IKS di Limbang dan menjadikannya pilihan utama pengunjung membeli-belah termasuk dari negara jiran, Brunei.

Jelasnya lagi Kerajaan Sarawak komited dalam membangunkan dan memperkasa IKS dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana selain meyokong usaha bersepadu daripada rakyat dan pelbagai pihak memajukan industri mapan itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.079927 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list