CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 113|Reply: 0

[Sarawak] Maritim Tg Manis tahan bot nelayan tempatan langgar syarat sah lesen

[Copy link]
Post time 12-4-2025 03:50 PM | Show all posts |Read mode


Sebuah bot nelayan tempatan Kelas C ditahan kerana melanggar syarat sah lesen dengan menangkap ikan kurang 12 batu nautika dari pantai terdekat.

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis telah menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C yang sedang menangkap ikan di kedudukan lebih kurang 4 batu nautika barat Tanjung Manat sekitar jam 10.30 pagi pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis Komander Maritim Mahkos Juing berkata, tangkapan dilakukan hasil daripada rondaan berterusan di sekitar kawasan titik panas yang telah dikenal pasti sejak awal musim perayaan.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas bot berkenaan mendapati ia dikendalikan oleh seorang tekong dan tiga awak-awak warganegara Indonesia.

“Bot tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dengan menangkap ikan kurang 12 batu nautika dari pantai terdekat.

“Bot serta awak-awak ditahan dan diiringi masuk ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Manis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan kepada media, pada Khamis.


Sebuah bot nelayan tempatan Kelas C ditahan kerana melanggar syarat sah lesen dengan menangkap ikan kurang 12 batu nautika dari pantai terdekat.

Tambahnya lagi, sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh salurkan ke Pusat Operasi Maritim, Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-35727765 atau di talian kecemasan 999 untuk maklumbalas segera.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.035061 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list