CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 65|Reply: 0

[Sarawak] Amalkan pemeriksaan kesihatan secara berkala

[Copy link]
Post time 10-4-2025 08:34 AM | Show all posts |Read mode


Ting (tengah) menyerahkan cek untuk menyokong Diabetes Malaysia Cawangan Miri kepada Dr Fam (dua kanan) sambil disaksikan Chiew Moi (dua kiri) dan yang lain.

MIRI: Rakyat Malaysia mesti menjadikan amalan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai keutamaan mereka untuk terus kekal sihat, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Datuk Sebastian Ting.

Beliau berkata, memandangkan peningkatan yang membimbangkan dalam bilangan rakyat Malaysia yang didiagnos menghidap diabetes, adalah penting untuk setiap orang sentiasa memantau kesihatan mereka terutama penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes.

“Peratusan penghidap diabetes di Malaysia amat membimbangkan.

"Kebimbangan utama adalah ramai yang tidak menyedari mereka menghidapinya.

“Jika seseorang mempunyai paras gula dalam darah tinggi, mereka tidak akan tahu melainkan mereka kerap membuat pemeriksaan kesihatan," katanya kepada pemberita selepas melawat premis milik Diabetes Malaysia Cawangan Miri yang baru siap di Jalan Cahaya di sini, hari ini.

Ting berkata, walaupun diabetes mungkin tidak menyebabkan kesakitan atau gejala serta-merta, dalam kes yang serius ia boleh menyebabkan buta dan kegagalan buah pinggang.

"Kebanyakan pesakit yang memerlukan dialisis ialah mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang," tambahnya.

Sementara itu, di premis baharu tersebut Ting mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa kerana berjaya memperolehnya dan mengusahakan dengan penuh komitmen meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Beliau berkata, pembelian bangunan rumah itu juga dapat dilakukan oleh pertubuhan itu atas sokongan padu dan kemurahan hati warga Miri.

“Premis ini dibeli enam tahun lalu dan walaupun hampir siap, masih ada beberapa lagi kerja yang perlu dilakukan.

“Saya akan terus menyokong persatuan ini dan menggesa orang ramai untuk turut menyokong mereka,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi Diabetes Malaysia Cawangan Miri Ting Chiew Moi dan Timbalan Pengerusi Datuk Dr Fam Tem Lom.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.041645 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list