CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 308|Reply: 3

Pelet berkualiti untuk si manja

[Copy link]
Post time 9-4-2025 10:32 PM | Show all posts |Read mode


Pelet atau lebih dikenali sebagai makanan jenis kering sering dicari kebanyakan pemilik untuk diberikan kepada haiwan kesayangan mereka.

Pensyarah kanan, bidang kebajikan haiwan dan tingkah laku haiwan di Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syamira Syazuana Zaini berkata, pelet mendapat sambutan yang baik dan tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia.

"Rangkaian makanan pelet yang tersedia di pasaran, secara umumnya, boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebagai contoh makanan premium, makanan spesifik/ khas/ diet preskripsi, makanan ekonomi.

"Perbezaan jenis-jenis palet ini bergantung kepada jenis kandungan nutrisi, diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi atau sebaliknya, makanan formulasi khas untuk tangani penyakit khusus seperti alahan, sakit batu karang/ penyakit buah pinggang di mana proses penghasilan makanan yang optimum itu sudah menjalani penyelidikan dan pembangunan khusus," katanya

Beliau berkata, bagi setiap haiwan, makanan pelet mempunyai kandungan nutrisi yang berbeza mengikut keperluan.

"Contohnya, pelet kucing mempunyai kandungan protein yang tinggi, taurine dan asid amino yang penting untuk tumbesaran yang normal.

"Bagi anjing, keperluan nutrisi seimbang memerlukan kandungan karbohidrat, lemak, protein dan serat. Begitu juga pada burung di mana kandungan nutrisinya memerlukan kandungan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral yang tertentu.

"Kucing adalah karnivor yang memerlukan daging yang lebih berbanding anjing (omnivor). Maka kita akan lihat kandungan nutrisi berbentuk protein perlu tinggi bagi kucing," katanya.

Mengulas lanjut, makanan anjing biasanya tidak sesuai untuk kucing disebabkan beberapa faktor termasuk kandungan protein yang lebih rendah dalam sesetengah makanan anjing, kekurangan taurina yang mencukupi, ketiadaan nutrien penting lain seperti vitamin A pra-bentuk dan asid arakidonik yang kucing perlukan dan ketidakcukupan lemak, vitamin serta mineral.

"Malah, banyak makanan kucing direka khusus untuk mencapai pH urin yang ideal bagi mencegah pembentukan kristal. Begitu juga bagi haiwan kesayangan yang lain, di mana kandungan dan keperluan nutrisi juga berbeza," katanya.

Jelasnya, pelet mendapat permintaan tinggi di pasaran kerana mempunyai banyak kelebihan berbanding jenis makanan lain.

"Selain lebih mudah didapati, cara penyimpanan dan juga keadaan makanan itu juga kering dan tahan lama, tidak mudah rosak berbanding jenis makanan lain seperti makanan basah atau segar," katanya.

Tambahnya daripada segi kesihatan, kebanyakan kandungan nutrisi makanan jenis palet ini adalah seimbang dari kandungan nutrisi jika ia diformulasi dengan cara yang betul.

"Maka bagi sesetengah haiwan, pemilik itu tidak perlu berfikir lanjut untuk menambah kandungan nutrisi yang lain. Makanan pelet dipercayai dapat membantu dalam penjagaan gigi iaitu memberikan urutan yang baik pada gigi dan gusi, sekali gus membantu menurunkan risiko penyakit periodontal.

"Makanan pelet yang diformulasi secara betul mampu untuk menghindarkan penyakit seperti penyakit saluran kencing atau batu karang, meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit dan mampu membantu meningkatkan sistem pencernaan haiwan dengan lebih sihat," katanya.

Bagaimanapun, pemilik haiwan perlu maklum bahawa pelet mengandungi 90 peratus bahan kering dan 10 peratus air.

"Oleh kerana pelet memiliki kandungan air yang rendah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa haiwan kesayangan minum kandungan air yang seimbang, supaya masalah penyakit seperti masalah buah pinggang dan sebagainya dapat dihindarkan," katanya.

Walaupun secara umumnya, makanan pelet ini adalah makanan popular dan sering menjadi pilihan, tidak semua haiwan boleh diberikan makanan ini.

Dr Syamira berkata, pelet bersesuaian kepada sesetengah haiwan sahaja seperti kucing, anjing, arnab, ikan, hamster, guinea pig dan burung.

Bagaimanapun bagi sesetengah haiwan, makanan tambahan seperti serat/makanan pelawas amat diperlukan bagi mengelakkan kes sepeti sembelit.

"Bagi haiwan eksotik lain yang dijadikan sebagai haiwan peliharaan seperti ular, kura-kura dan sugar glider tidak sesuai untuk diberikan makanan pelet kerana ia lebih memerlukan nutrisi khas seperti serangga, sayur-sayuran serta buah-buahan segar," katanya.

"Memahami kepentingan nutrisi seimbang haiwan peliharaan adalah salah satu tanggungjawab pemilik haiwan. Pemilik haiwan adalah sangat digalakkan untuk mendapatkan informasi nutrisi yang betul daripada pegawai veterinar" katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 07:20 AM | Show all posts
Aku nk bela 3 ekor kucing x mampu nk beli kibbles yg ok mcmc RC tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 12:13 PM | Show all posts
acikonion replied at 10-4-2025 07:20 AM
Aku nk bela 3 ekor kucing x mampu nk beli kibbles yg ok mcmc RC tu.

uols ade kucing ke? bg makan apa
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 12:13 PM | Show all posts
acikonion replied at 10-4-2025 07:20 AM
Aku nk bela 3 ekor kucing x mampu nk beli kibbles yg ok mcmc RC tu.

dabelpost
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.055189 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list