CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

[Sarawak] Komitmen tinggi jentera pentadbiran nadi penggerak, kejayaan pelaksanaan pelbagai inisiatif baharu

[Copy link]
Post time 9-4-2025 04:14 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Komitmen tinggi jentera pentadbiran di negeri ini menjadi nadi penggerak dan kejayaan pelaksanaan pelbagai inisiatif baharu yang diwujudkan di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki (gambar) berkata, ke arah itu, Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) perlu menerapkan pendekatan 3R, iaitu 'Revisit, 'Rethink' dan 'Recharge' sebagai panduan melaksanakan amanah.

"Di bawah kepimpinan Premier Sarawak, banyak idea baharu dan inovatif diperkenalkan oleh beliau.

"Antaranya Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, Ekonomi Digital, Green Economy, Blue Economy, pembangunan hidrogen termasuk Dana Kekayaan Berdaulat.

"Pelaksanaannya memerlukan komitmen tinggi daripada seluruh jentera pentadbiran yang cekap, pantas dan berimpak tinggi.

"Oleh sebab itu, saya sering mengingatkan rakan-rakan di Perkhidmatan Awam Sarawak tentang pendekatan 3R sebagai panduan melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita," ujarnya menerusi teks Amanat Bulan April 2025 hari ini.

Mohamad Abu Bakar menambah, seiring dengan kepesatan teknologi, penjawat awam tidak boleh terus terikat kepada rutin lama.

"Kelewatan, kerenah birokrasi dan sikap menunggu arahan perlu dihentikan.

"Justeru saya menyarankan ketua jabatan meneliti semula dasar, prosedur dan proses kerja yang sudah tidak lagi relevan.

"Pada masa yang sama, penilaian semula dasar dan prosedur juga membuka ruang kepada kita untuk meningkatkan keupayaan diri secara kreatif dan inovatif, sekali gus menghasilkan pendekatan baharu yang dapat memudahkan dan mempercepatkan proses kerja serta memberi impak positif kepada rakyat," ujarnya.

Beliau juga telah mengarahkan melalui Unit Transformasi dan Inovasi agar setiap kementerian dan jabatan melaksanakan sekurang-kurangnya 10 inisiatif 3R tahun ini dan dibukukan.

Sementara itu, Mohamad Abu Bakar turut mengesa ketua jabatan untuk menjadi lebih responsif, lebih kerap turun padang agar dapat berinteraksi terus dengan rakyat untuk memahami keluhan serta keperluan mereka, agar tindakan yang praktikal dan tepat dapat diambil.

"Ketua-ketua jabatan juga bertanggungjawab memastikan bahawa pihak pelaksana dan konsesi menjalankan tugas serta pemantauan dengan penuh tanggungjawab dan akauntabiliti," tegasnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa semangat berpasukan merupakan kunci penting dalam memudah cara pelaksanaan tugas, terutama semasa berurusan dengan pemegang taruh dan rakyat.

"Perkhidmatan Awam Sarawak perlu memperkukuh kerjasama dan semangat berpasukan ‘One SCS’, merangkumi semua jabatan dan agensi, termasuk Perkhidmatan Awam Persekutuan agar dapat menyampaikan perkhidmatan yang berpaksikan rakyat," ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2025 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.053850 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list