CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 367|Reply: 1

Si comel harga 'kayangan'

[Copy link]
Post time 9-4-2025 12:56 PM | Show all posts |Read mode


SEBAIK melihat sayur sawi yang dipegang Alim Jefferi Abdullah Aziz, 40, Jack dan Jenny kelihatan tidak senang duduk.


Sambil mengeluarkan bunyi seperti sedang bersorak kegembiraan, Pygmy marmoset itu dilihat tidak sabar untuk menikmati makanan kegemaran yang diberi secara berselang seli dengan buah-buahan dan serangga pada setiap hari oleh pemiliknya.


Pygmy marmoset yang berasal dari Brazil itu adalah spesies monyet paling kecil di dunia dengan memiliki berat mencecah 400 gram.


Memiliki wajah yang 'comel' dan berbulu seperti jambang serta mempunyai karakter yang aktif dan lincah, gelagat haiwan kecil ini berjaya mencuit hati sesiapa sahaja yang melihatnya.


Bagaimanapun, di negara ini tidak ramai yang menjadikan Pygmy marmoset sebagai haiwan peliharaan kerana berada dalam kategori 'kayangan' berikutan harganya mampu mencecah sehingga ribuan ringgit seekor.


Pygmy marmoset adalah haiwan yang dilindungi di negara ini dan untuk menjadikannya sebagai haiwan peliharaan, anda memerlukan lesen yang dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).


Tertarik dengan keunikan haiwan eksotik ini mendorong Alim Jefferi atau lebih mesra disapa Jeff menjadikan Pygmy marmoset sebagai antara haiwan peliharaan kesayangannya.


Jeff berkata, haiwan eksotik itu dibeli daripada sebuah kedai haiwan eksotik di Kuala Lumpur pada tahun 2021 sejak haiwan itu berusia sebulan.


Katanya, pertama kali melihat Pygmy marmoset, dia sudah tertarik dengan keunikan fizikal dan karakter haiwan ini.


"Ciri-ciri fizikal hampir sama seperti monyet yang besar cuma saiznya yang kecil dan bulu berwarna hitam serta bulu telinga berwarna putih menjadikannya lebih sesuai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan di rumah.


"Oleh kerana di habitat asal, haiwan ini hidup berkumpulan, saya beli Pygmy marmoset secara berpasangan untuk mengelakkannya stres sekiranya dibiarkan tinggal secara bersendirian," katanya.


Menurutnya, Pygmy marmoset memiliki karakter yang sangat aktif dan lincah terutama pada sebelah siang selain suka dibelai dan dilayan.


"Sekiranya, dipelihara dari kecil, haiwan ini akan mengenali dan lebih mesra dengan penjaganya. Marmoset yang jinak boleh dibawa keluar daripada sangkar untuk bermain dengan pemiliknya.


"Haiwan ini juga sukakan perhatian. Oleh itu, pemilik perlu meluangkan masa dengan Pygmy marmoset untuk mengelakkannya stres," katanya.


Jelasnya, biarpun berasal daripada luar negara, haiwan ini sesuai dipelihara dengan cuaca di negara ini.


Katanya, penjagaan Pygmy marmoset sangat mudah namun dietnya perlu dititik beratkan. "Biarpun bertubuh kecil, tidak bermakna kuantiti makanan yang diberikan perlu dihadkan.


"Oleh kerana Pygmy marmoset tergolong dalam kategori omnivor, saya berikan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran secara bergilir-gilir. Haiwan ini juga sukakan serangga cengkerik dan ulat kecil.


"Setiap pagi, saya akan berikan buah-buahan, manakala pada sebelah petang, saya berikan sayuran dan serangga. Selang sehari saya akan berikan ayam rebus," katanya.


Katanya, untuk memastikan keselesaan Jack dan Jenny, dia akan pastikan sangkar yang dihuni haiwan itu sentiasa dalam keadaan bersih.


"Saya juga memandikan Jack dan Jenny dua kali seminggu supaya ia sentiasa dalam keadaan bersih sekali gus dapat mencegah daripada sebarang jangkitan penyakit," katanya.


Mengulas lanjut, Pygmy marmoset tidak suka dijerkah atau sangkarnya diketuk. "Kebiasaannya, apabila situasi ini berlaku, haiwan ini akan mengeluarkan bunyi nyaring untuk menunjukkan ia sedang berada dalam keadaan ketakutan.


"Selain itu, elakkan ia daripada diletakkan bersama haiwan yang lebih besar seperti kucing, tikus dan haiwan lain yang boleh mengancam keselamatannya," katanya.


Katanya, bagi mendapatkan lesen, seseorang itu perlu membeli haiwan berkenaan daripada kedai haiwan yang sah. Selepas pembelian dibuat, resit akan diberikan sebelum ia dibawa ke pejabat Perhilitan untuk membuat lesen simpanan selama setahun dengan bayaran RM10.


"Sekiranya anda memelihara tanpa memiliki lesen atau membeli dengan penjual tidak sah, anda berisiko didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara enam tahun atau kedua duanya, jika sabit kesalahan," katanya.


Beliau menasihatkan individu yang ingin menjadikan Pygmy marmoset sebagai haiwan peliharaan supaya melengkapkan diri dengan ilmu penjagaan, keperluan dan karakter haiwan eksotik ini. - Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 08:08 AM | Show all posts
Pernah la teringin nk bela benda2 comel kecik cmni. Senang nk picit2 tp acik nk bela kucing pun semput
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.044337 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list