CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

[Sarawak] Remaja lelaki ditahan bagi bantu siasatan kes jenayah harta benda di Miri

[Copy link]
Post time 7-4-2025 04:47 PM | Show all posts |Read mode


Polis menahan remaja lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kejadian curi di daerah Miri. - Gambar Facebook Polis Daerah Miri

MIRI: Pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini, berjaya menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun semalam bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah harta benda yang berlaku di daerah ini.

Polis dalam kenyataan di laman sosial Facebook memberitahu, suspek telah ditahan kira-kira jam 10.30 pagi di sebuah kediaman di Jalan Kuching Timur, di sini.

Berikutan penahanan itu, polis menemui sebuah unit tong gas berwarna hijau dan merah, di sebuah pondok tidak bernombor di Kampung Lusut Jaya di Taman Tunku.

Polis percayai berkaitan kes yang disiasat.

Sementara itu, kes tersebut masih dalam siasatan lanjut dan pihak polis tidak menolak kemungkinan terdapat kaitan dengan kejadian kecurian harta benda yang dilaporkan sebelum ini.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan polis.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.045724 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list