CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

Slime, kiub rubik antara 5 permainan bantu perkembangan minda, kemahiran motor anak-anak

[Copy link]
Post time 5-4-2025 04:38 PM | Show all posts |Read mode


BERMAIN bukan sekadar satu aktiviti menyeronokkan buat kanak-kanak, malah memainkan peranan penting dalam merangsang perkembangan minda dan keupayaan sosial mereka.

Melalui permainan, mereka dapat meneroka dunia dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan, sambil mengasah pelbagai kemahiran boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Oleh itu, ibu bapa wajar memilih permainan yang bukan sahaja menghiburkan, bahkan membantu meningkatkan kecerdasan anak-anak.

Berikut adalah lima permainan bantu merangsang perkembangan minda si kecil dengan cara menyeronokkan.



1. Lukis guna jari

Finger painting atau melukis menggunakan jari adalah aktiviti memberi peluang kepada kanak-kanak mengekspresikan kreativiti mereka secara bebas.

Dengan bermain warna dan tekstur, ia bukan sahaja merangsang deria sentuh, tetapi melatih kemahiran motor halus dan koordinasi tangan dan mata.

Selain itu, menggalakkan sesi mengenali warna dan bentuk dengan lebih baik, sekali gus membantu perkembangan visual dan daya imaginasi mereka.



2. Kiub rubik

Kiub rubik merupakan permainan teka-teki klasik menguji ketajaman minda, sekali gus membantu kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah, berfikir secara logik dan meningkatkan daya tumpuan.

Apabila mereka cuba menyusun kembali warna di setiap sisi kiub, ia melatih kesabaran dan membina strategi untuk mencapai matlamat.

Kajian mendapati permainan berkenaan bantu memperkukuhkan daya ingatan dan keupayaan analitik kanak-kanak sejak kecil.



3. Teka angka

Permainan teka angka seperti Sudoku atau teka-teki nombor membantu kanak-kanak memahami konsep matematik dengan lebih baik.

Ia mengasah kemahiran logik, meningkatkan daya ingatan dan mengajar berfikir secara strategik.

Selain itu, teka angka juga melatih ketajaman pemikiran dan membantu membina asas matematik yang kukuh menjadikan pembelajaran angka lebih menarik dan menyeronokkan.



4. Tanah liat, slime atau bola

Bermain playdough (tanah liat), slime atau bola adalah aktiviti menggalakkan penggunaan kedua-dua belah tangan.

Ia membantu menguatkan otot jari yang diperlukan untuk kemahiran menulis.

Selain itu, permainan tersebut memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka kreativiti, mencipta bentuk unik dan melatih daya imaginasi.

Kajian juga menunjukkan bahawa aktiviti melibatkan sentuhan dan eksplorasi seperti ini membantu meningkatkan daya tumpuan dan memberi kesan menenangkan kepada kanak-kanak.



5. Flash card

Flash card merupakan alat pembelajaran interaktif yang sangat berkesan dalam membantu kanak-kanak mengenali huruf, nombor, perkataan dan objek dengan lebih cepat.

Melalui kaedah pengulangan yang menyeronokkan, permainan itu dapat merangsang daya ingatan, memperkaya perbendaharaan kata serta mempercepatkan pemahaman konsep asas.

Dengan penggunaan konsisten, flash card membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan kognitif kanak-kanak dalam suasana yang lebih santai dan menyeronokkan. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.052688 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list