CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

[Perlis] Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak tiri

[Copy link]
Post time 29-3-2025 02:49 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak tiri

28 Mac 2025 03:52pm




Pekerja kolam udang didakwa atas dua pertuduhan merogol anak perempuan tirinya berumur 12 tahun dua bulan pada November tahun lepas dan Februari lepas. Foto hiasan




KANGAR - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan merogol anak perempuan tirinya berumur 12 tahun dua bulan pada November tahun lepas dan Februari lepas.

Lelaki itu yang bekerja sebagai pekerja kolam udang membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.


Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak perempuan itu di sebuah rumah di Simpang Empat, dekat sini, antara 1 tengah hari hingga 1.30 tengah hari pada November 2024, manakala pertuduhan kedua dia didakwa berbuat demikian di lokasi dan masa sama pada Februari 2025.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan, serta Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.



Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan, tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan tidak dibenarkan tinggal serumah dengan mangsa, selain menetapkan 23 April sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Poad manakala lelak itu diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Widyaevasari Mohd Kanifiah. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/720158/berita/semasa/lelaki-mengaku-tidak-bersalah-rogol-anak-tiri


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.038475 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list