CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 137|Reply: 0

[Sabah] MDNS sumbang 100 bakul makanan untuk mangsa banjir di Keningau

[Copy link]
Post time 27-3-2025 10:28 PM | Show all posts |Read mode

KENINGAU: Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah (MDNS) menyumbangkan 100 bakul makanan kepada Pusat Kegiatan Kebajikan Masyarakat Bingkor untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat dalam bencana itu.

Majlis penyerahan sumbangan bakul makanan itu diserahkan Presiden MDNS Datuk Claudius Roman kepada Pusat Kegiatan Kebajikan Masyarakat Bingkor, yang disaksikan Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik.

Bakul makanan itu nanti akan diagihkan oleh pengurusan pusat itu kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang dikenalpasti memerlukan, sebagai usaha meringankan beban mereka akibat musibah yang menimpa mereka.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor ketika ditemui mengucapkan berbanyak terima kasih kepada MDNS atas sumbangan yang diberikan bagi membantu mangsa banjir terlibat.

Katanya, usaha sedemikian bukan sahaja wajar dipuji tetapi juga diharap dapat dicontohi oleh pihak-pihak lain bagi membantu mereka yang berdepan dengan kesulitan akibat musibah di luar jangkaan.

beliau berharap lebih ramai lagi pihak akan tampil membantu bukan sahaja untuk di Keningau sahaja, tetapi juga seluruh Sabah terutama yang ditimpa musibah sebagai tanda prihatin dan pada masa sama sebagai pemberi semangat disaat sukar yang dilalui.

Turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan bakul makanan daripada MDNS, Penolong Setiausaha Agung, Datuk Dr G Mohan; Bendahari Agung, Datuk Ir Willis; Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Keningau; Christine Charlse Lohindun; Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Daerah Keningau, Kamaruddin S. Latip; Pembantu Tadbir Pejabat Daerah Keningau Daffri Adzahari dan Derby Evans serta Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor yang juga Pengerusi Pusat Kegiatan Kebajikan Masyarakat Bingkor, Hj Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @Charles. - Utusan Borneo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.061932 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list