CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 142|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas rugi lebih RM97,000 ditipu rakan

[Copy link]
Post time 27-3-2025 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa ditipu rakan karib yang memperkenalkannya kepada skim pelaburan mata wang kripto tidak wujud



Mangsa menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya selepas mendakwa ditipu sambil ditemani Chew pada sidang media hari ini.

“Saya masih belum menerima kembali wang tersebut dan saya percaya saya telah ditipu.”

Mangsa

Oleh Andy Sabang

SIBU: Seorang warga emas kerugian lebih RM97,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan rakan karibnya sendiri yang memperkenalkannya kepada skim pelaburan mata wang kripto yang tidak wujud.

Mangsa berusia 75 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Sibu pada Isnin lalu setelah menyedari dirinya diperdaya kenalan lamanya yang hanya dikenali sebagai Peter.

Menurut mangsa, Peter telah memperkenalkannya kepada skim pelaburan dikenali sebagai 'Crypto' yang menjanjikan pulangan lumayan selepas tempoh satu tahun.

Tertarik dengan tawaran tersebut, mangsa telah memindahkan wang berjumlah RM97,024 ke dalam akaun milik Tay Hong Ming, yang merupakan rakan kepada Peter, sekitar jam 11.40 pagi pada Mac tahun lalu di sebuah bank di Jalan Kampung Nyabor di sini.

Namun selepas setahun, mangsa masih belum menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan.

“Saya masih belum menerima kembali wang tersebut dan saya percaya saya telah ditipu,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Stanley Chew, Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lanang di sini hari ini.

Susulan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang terlibat.

Sementara itu Chew berkata, pelaburan melalui platform tidak sah khususnya yang beroperasi dari luar negara amat berisiko kerana tidak tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

“Orang ramai perlu sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi, terutama apabila diperkenalkan oleh kenalan sendiri,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa hanya enam Bursa Aset Digital (DAX) yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang dibenarkan beroperasi secara sah di negara ini iaitu Luno Malaysia Sdn Bhd, Tokenize Technology (M) Sdn Bhd, MX Global Sdn Bhd, SINEGY DAX Sdn Bhd, HATA Digital Sdn Bhd dan Torum International Sdn Bhd.

Chew turut memberi amaran bahawa perdagangan forex secara individu melalui broker luar negara juga tidak dibenarkan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Selain itu, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak meminjamkan akaun bank kepada mana-mana individu kerana ia boleh disalahgunakan oleh sindiket jenayah, sekali gus menyebabkan akaun berkenaan dibekukan atau ditutup.

“Ramai mangsa hanya menyedari akaun mereka telah dibekukan apabila menerima notis atau apabila tidak lagi dapat mengaksesnya.

"Sebarang bentuk pelaburan wajar disemak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,” tegasnya.

Justeru, beliau menyeru agar siasatan dan penguatkuasaan dijalankan secara telus dan adil supaya tidak menjejaskan individu yang tidak bersalah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.041507 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list