CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 157|Reply: 0

[Sabah] Waris warga emas wanita diminta hubungi JKM

[Copy link]
Post time 27-3-2025 09:22 AM | Show all posts |Read mode


WARIS: Pejabat Kebajikan Kota Kinabalu mengesan waris kepada wanita warga emas yang dikenali sebagai Melor Adabi.

KOTA KINABALU: Pejabat Kebajikan Bahagian Kota Kinabalu memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan waris kepada seorang wanita warga emas yang juga kes rujukan pengabaian warga emas daripada Balai Polis Alamesra di sini.

Menurut kenyataan Pejabat Kebajikan Bahagian Kota Kinabalu, warga emas berkenaan dikenali sebagai Melor Adabi berumur 70 tahun.

Beliau dipercayai berasal dari Sabah namun dimaklumkan telah lama menetap di Taman Jinjang Baru, Kuala Lumpur.

Semakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati klien mempunyai seorang waris bernama Sunarti Ngadiman.

Bagaimanapun, penama terbabit tidak dapat dihubungi dan lokasi tempat tinggal anak penama juga tidak dapat ditemui.

Beliau sebelum ini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) II, namun sepanjang rawatan, klien tidak dilawat oleh sesiapa.

Selepas discaj, beliau juga tidak dituntut oleh mana-mana ahli keluarga menyebabkan pihak hospital terpaksa menyerahkan klien kepada pihak polis di Balai Polis Alamesra bagi mengesan warisnya.

Kes ini seterusnya dirujuk kepada Pejabat Kebajikan untuk urusan penempatan sementara dan mengesan waris seterusnya.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) cuba menghubungi waris yang dinyatakan oleh klien iaitu anak lelaki bernama Jamal (Gamal) dan Jamil namun kedua-duanya tidak dapat dihubungi melalui nombor telefon bimbit yang diberikan klien.

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang mengenali warga emas ini diminta menghubungi Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Rita Robert Rawantas di talian 088-269821 atau emel kepada rita.robert@jkm.gov.my.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.041396 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list