CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 0

[Kedah] Bantuan SARA kepada 5.4 juta penerima disalur mulai 1 April

[Copy link]
Post time 26-3-2025 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Bantuan SARA kepada 5.4 juta penerima disalur mulai 1 April

Oleh Hamzah Osman - Mac 26, 2025 @ 10:43am bhnews@bh.com.my





Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, Datuk Zamzuri Abdul Aziz (kiri)menyampaikan bantuan kepada asnaf, Halimah Alias pada Program Jelajah Ramadan Siri 3/2025 di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Kampung Chandek Kura, Langkawi malam tadi. - Foto NSTP/Hamzah Osman




LANGKAWI: Kerajaan sudah bersedia menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang ditambah baik dengan peruntukan RM13 bilion kepada 5.4 juta penerima menerusi MyKad, mulai 1 April ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, Datuk Zamzuri Abdul Aziz, berkata mulai tarikh itu penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai yang dikreditkan automatik ke dalam MyKad.

"Ya, kita sudah bersedia (menyalurkannya) dengan bantuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mulai 1 April ini, dan kita harap bantuan itu dapat membantu penerima SARA mengatur kehidupan dengan lebih sejahtera.

"Kerajaan telah bersetuju membuat penambahbaikan SARA dengan peruntukan besar iaitu RM13 bilion tahun ini, berbanding RM10 bilion tahun lalu," katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Terdahulu beliau menghadiri Program Jelajah Ramadan Siri 3/2025 anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Kampung Chandek Kura, di sini.

Zamzuri berkata, mulai April ini juga kadar bantuan SARA iaitu bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai ditingkatkan kepada RM200 sebulan, berbanding RM100 sebulan sebelum ini.

Untuk rekod, jumlah penerima SARA seramai 5.4 juta mengambil kira 4.7 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bakal dimasukkan sebagai penerima baharu SARA pada tarikh itu bersama 700,000 penerima sedia ada.

Dalam pada itu, Zamzuri berkata program JERAM anjuran LADA yang memasuki edisi kelima itu, menyantuni 35 golongan asnaf menerusi pemberian duit raya dan barangan keperluan asas bagi menyambut Syawal.

"Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan penerima dan menyemarakkan keindahan serta membawa keceriaan sempena Aidilfitri yang akan disambut beberapa hari lagi," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1377117/bantuan-sara-kepada-54-juta-penerima-disalur-mulai-1-april





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.036740 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list