CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

[Kedah] 'Tak sanggup tengok anak terus derita sakit ketumbuhan dalam perut'

[Copy link]
Post time 25-3-2025 06:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-3-2025 06:59 PM

'Tak sanggup tengok anak terus derita sakit ketumbuhan dalam perut'

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
25 Mac 2025 01:10pm





Zamzuri (depan, dua kanan) menyerahkan bantuan sebagai simbolik penyerahan sumbangan Dana Econsave Prihatin kepada Nurul Faraziela.



GURUN - Seorang ibu berharap keajaiban berlaku agar anaknya sembuh daripada ketumbuhan di bahagian perut dan dapat kembali aktif serta bekerja seperti biasa.

Melati Hussain, 52, dari Taman Makmur, Jalan Padang Lembu, di sini, tidak sanggup melihat anaknya, Nurul Faraziela Mohd Zaki, 23, menanggung kesakitan sehingga terpaksa banyak menghabiskan masa di katil.


Menurutnya, doktor mengesyorkan anak ketiga daripada empat beradik itu menjalani rawatan kemoterapi bagi mengecutkan ketumbuhan terbabit.

"Saya memang tak sanggup nak tengok. Saya sentiasa berdoa supaya dia kembali sihat, boleh bekerja dan memandu seperti dahulu.

"Namun, sekarang dia hanya terlantar kerana perutnya semakin membesar, menyebabkan pergerakannya terbatas," katanya ketika menerima kunjungan wakil Econsave ke rumah mereka baru-baru ini.

Sementara itu, Nurul Faraziela mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tampil menghulurkan bantuan selepas kisahnya disiarkan Sinar Harian.


"Saya terharu kerana ramai yang memberi sokongan dan bantuan. Kalau boleh, saya nak sihat, bekerja dan membantu keluarga, tetapi apakan daya keadaan saya begini," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor berkata, pihaknya menyerahkan barangan keperluan harian, lampin pakai buang, susu serta beberapa kelengkapan lain buat Nurul Faraziela.


Menurutnya, sumbangan bernilai RM1,000 itu disampaikan melalui Dana Econsave Prihatin sebagai tanda keprihatinan terhadap keluarga berkenaan.

"Kami bersimpati dengan ujian yang dihadapi keluarga ini dan berharap mereka tabah. Semoga Nurul Faraziela segera sembuh," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun RHB Bank bernombor 102122-600-18872 atas nama Mohd Zaki (bapa).


https://www.sinarharian.com.my/article/719559/edisi/utara/tak-sanggup-tengok-anak-terus-derita-sakit-ketumbuhan-dalam-perut



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.141415 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list