CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86|Reply: 0

[Sarawak] FORUM capai kejayaan besar dengan siapnya Pusat Kebudayaan di Miri

[Copy link]
Post time 25-3-2025 12:35 PM | Show all posts |Read mode


Gerawat memukul gong sebanyak sembilan kali tanda simbolik perasmian Persidangan Delegasi Dwitahunan FORUM Kesembilan di Pusat Kebudayaan hari ini.

MIRI: Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) telah mencapai satu kejayaan besar dalam penubuhannya dengan siapnya Pusat Kebudayaan FORUM  di Jalan Padang Kerbau di sini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, dengan siapnya bangunan itu,  sembilan persatuan di bawah payung FORUM kini boleh mengadakan aktiviti mereka di bangunan itu termasuk mesyuarat dan persidangan.

Persatuan terlibat ialah Persatuan Kayan Sarawak, Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak, Persatuan Lunbawang Sarawak, Rurum Kelabit Sarawak, Persatuan Berawan Sarawak, Persatuan Masyarakat Saban Sarawak, Persatuan Lakiput Sarawak, Persatuan Bisaya Sarawak dan Persatuan Pembangunan Tipun Penan Sarawak.

Gerawat yang juga Ketua Penasihat FORUM berkata, projek pembinaanya dibiayai oleh geran permulaan sebanyak RM25 juta daripada kerajaan negeri di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Bangunan FORUM ini merupakan satu pencapaian yang hebat untuk kita, hasil usaha kita. Saya masih ingat sebelum ini terdapat sebuah rumah Orang Ulu di Kuching pada tahun 1970-an, yang cukup bagus.

Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat saya jelaskan, rumah Orang Ulu itu telah tiada. Tapi telah digantikan dengan yang lebih baik.

“Kini semua persatuan di bawah FORUM mempunyai pejabat sendiri dan mereka tidak perlu lagi meminjam premis luar untuk aktiviti atau mesyuarat mereka,” jelas beliau.

Gerawat berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Delegasi Dwitahunan FORUM Kesembilan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu itu memberitahu, persekutuan itu juga telah berjaya menyatukan etnik Orang Ulu di bawah naungannya.

Beliau menyatakan bahawa mungkin ada kumpulan etnik baharu menyertai FORUM selepas persidangan tersebut.

Gerawat menekankan bahawa Orang Ulu, yang terdiri daripada hanya kira-kira 6 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia, mesti kekal bersatu.

"Apabila kita bersatu, kita mempunyai suara yang kuat dan jelas. Saya bangga melihat ramai pemimpin masyarakat menghadiri Persidangan Perwakilan Dwitahunan ini hari ini.

“Ini juga menunjukkan Orang Ulu semakin menunjukkan kerjasama yang padu terhadap FORUM.

"Kita mesti bekerjasama rapat dalam FORUM," katanya.

Beliau juga memberitahu, kini semua wakil rakyat Orang Ulu adalah ahli politik daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) termasuk ADUN Ba’Kelalan Baru Bian.

“Ini adalah perkara yang harus kita kekalkan dan pertahankan supaya suara Orang Ulu diberi perhatian dan peranan yang lebih berkesan.

“Dengan perpaduan, kerjasama yang baik dan prestasi kita, sudah tentu kita akan diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar,” tambahnya.

Terdahulu Presiden FORUM Kennedy Chukpai Ugon yang juga ADUN Murum, menzahirkan rasa terima kasih kepada Abang Johari atas sokongan kerajaan negeri dalam memperoleh tapak untuk bangunan itu.

Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan GPS atas sokongan tidak berbelah bahagi dalam memperoleh tapak ini dan menyediakan bantuan kewangan yang penting untuk pembinaan dan kemudahan dalam bangunan itu.

Beliau juga berterima kasih kepada jawatankuasa dan para pemimpin yang telah menyokong dan bekerjasama sepanjang tempoh beliau sebagai presiden FORUM.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Timbalan Presiden FORUM yang juga ADUN Telang Usan Dato Dennis Ngau, ADUN Batu  Dato Danau Paulus Palu Gumbang dan bekas Presiden FORUM Datu Antonio Kahti Galis.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2025 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.058911 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list