CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 106|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rumah terbakar dipercayai angkara bunga api, bomba berdepan kesukaran padam kebakaran

[Copy link]
Post time 24-3-2025 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-3-2025 01:27 AM

Rumah terbakar dipercayai angkara bunga api, bomba berdepan kesukaran padam kebakaran

Nur Izzati Mohamadam@hmetro.com.my






KEADAAN sebuah rumah di Kampung Kuala Bekah, Telok Air Tawar yang musnah dalam kebakaran. FOTO Ihsan JBPM




Butterworth: Keadaan pili rosak akibat perbuatan vandalisme menyebabkan anggota bomba berdepan kesukaran memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Kuala Bekah, Telok Air Tawar, di sini, tengah hari tadi.

Berdasarkan video tular di TikTok, kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu didakwa berlaku susulan terdapat kanak-kanak bermain bunga api dalam sebuah bilik kediaman sebelum berlaku kebakaran.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Mohd Faizwan Che Amat berkata, anggota bomba terpaksa mengambil sedikit masa bagi operasi pemadaman berikutan pili berhampiran lokasi kejadian tidak dapat digunakan.

"Apabila tiba didapati keadaan pili bomba berdekatan tempat kejadian rosak akibat perbuatan vandalisme.

"Namun, kita berjaya mengawal kebakaran dari merebak dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada punca kejadian angkara bunga api seperti didakwa menerusi video tular, Mohd Faizwan berkata, pasukan masih menjalakan siasatan lanjut.

"Kita tidak pasti (akan dakwaan berkenaan) tapi pegawai penyiasat masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar," katanya.

Menurutnya, kerja 'overhaul' selesai dijalankan sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada jam 3.35 petang tadi.

Seramai 17 anggota bomba termasuk penyelia terbabit dalam operasi pemadaman dengan bantuan BBP Kuala Muda dan Bandar Perda serta PBS Sungai Puyu.

Terdahulu, tular di TikTok video memaparkan kejadian kebakaran rumah yang didakwa disebabkan kanak-kanak bermain bunga api.

Video berkenaan meruntun perasaan warganet apabila terdapat seorang wanita didapati berada dalam keadaan terduduk lemah selepas melihat kediamannya musnah dalam kebakaran, beberapa hari lagi menjelang perayaan Aidilfitri.



Disiarkan pada: Mac 24, 2025 @ 5:11pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/03/1200521/rumah-terbakar-dipercayai-angkara-bunga-api-bomba-berdepan-kesukaran-padam




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.060865 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list