CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 95|Reply: 0

[Sarawak] Banjir: KPWKM sedia salur peruntukan tambahan

[Copy link]
Post time 24-3-2025 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Setakat ini kementerian belum ada menerima permohonan untuk peruntukan tambahan tersebut: Nancy



Nancy ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program Sinar Syawal Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Sumbangan Pakaian Raya Tajaan Alliance Islamic Bank Berhad di Pasar Raya Mydin Vista Tunku di Petra Jaya hari ini. - Gambar Roystein Emmor
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menyalurkan peruntukan tambahan sekiranya diperlukan bagi membantu mangsa banjir yang terjejas.

Menterinya Dato Sri Nancy Shukri berkata, setakat ini kementeriannya belum ada menerima permohonan untuk peruntukan tambahan tersebut.

"Namun, sekiranya ada kawasan yang memerlukan peruntukan tambahan, saya bersedia membawa perkara ini ke Kabinet atau menulis permohonan kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program Sinar Syawal Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Sumbangan Pakaian Raya Tajaan Alliance Islamic Bank Berhad di Pasar Raya Mydin Vista Tunku di Petra Jaya di sini, hari ini.

Menurut Nancy, kerajaan sentiasa memastikan dana mencukupi bagi menghadapi sebarang bencana yang tidak dijangka, termasuk banjir.

"Kita tidak boleh meramal bila bencana akan berlaku tetapi kerajaan sentiasa mempunyai peruntukan mencukupi. Oleh itu, setiap kali berlaku bencana, tiada masalah dalam menyediakan bantuan.

"Selain itu, barangan di depo-depo penyimpanan akan segera diganti jika telah digunakan bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi," ujarnya.

Beliau menambah, bekalan bantuan di depo akan diganti berdasarkan keperluan setiap kawasan, negeri dan jumlah populasi yang terjejas.

"Jika bekalan tidak mencukupi, kita akan menambah lagi. Proses ini berjalan secara berterusan bagi memastikan stok barangan kering dan keperluan tempat tinggal sentiasa tersedia," katanya.

Nancy turut memaklumkan bahawa selain bantuan kerajaan, ramai pihak termasuk penderma individu dan organisasi turut menghulurkan sumbangan kepada mangsa bencana.

Mengenai bantuan banjir di Sarawak termasuk Sibu, beliau memaklumkan bantuan dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak seperti biasa.

“Sekarang Sibu sudah mula mengalami banjir, jadi bantuan juga sudah dihantar dan kita juga dibantu oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Di peringkat negeri, kita memang bekerjasama erat dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk memudahkan usaha menghantar bantuan di kawasan terjejas,” ujarnya.

Setakat jam 2 petang, 23 Mac sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka melibatkan daerah Kapit dan Sibu dengan 274 keluarga dan 951 mangsa.



https://www.utusanborneo.com.my/2025/03/23/banjir-kpwkm-sedia-salur-peruntukan-tambahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.095060 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list