
Muhamad Yakup (dua kiri) menyerahkan replika cek kepada Abang Mohd Shibli sambil disaksi Abang Johari (tengah) serta Dr Abdul Rahman (kanan) dan Wan Ibrahim (kiri).
BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah menyerahkan zakat pendapatan berjumlah RM1 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Jumaat.
Majlis penyerahan zakat tersebut telah disempurna Pengurus Besar BDA Datu Muhamad Yakup Kari kepada Pengurus Besar TBS Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Pengerusi BDA Dato Haidar Khan Asghar Khan, Setiausaha BDA Wan Ibrahim Wan Ali serta barisan pengurusan BDA.
|