CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 100|Reply: 0

[Sarawak] Bantuan hadir selepas video tular, Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat Siti Azimah

[Copy link]
Post time 22-3-2025 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-3-2025 01:39 PM



Kediaman Siti Azimah yang tiada kemudahan elektrik.

LAWAS: Seorang wanita menyifatkan Aidilfitri kali ini menjadi lebih bermakna apabila kepayahan hidup yang dilalui mendapat perhatian selepas video yang memaparkan kesusahan hidupnya dan keluarga tular, baru-baru ini.

Siti Azimah Musa, 34, dari Kampung Bukit Naga berkata, ekoran videonya yang tular, pihak sekolah turut menyumbangkan baju raya kepada kedua-dua anaknya, selain bantuan daripada pihak berkaitan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melawat kediamanya pada Khamis.

“Saya tak sangka akan menerima bantuan untuk menyambut Aidilfitri kerana sebelum ini kami sekeluarga tidak pernah menerima bantuan,” katanya kepada media, hari ini.

Kata Siti Azimah, seorang anaknya lelaki berusia sembilan tahun merupakan anak kurang upaya (OKU) dan memiliki kad OKU, manakala anaknya lelaki yang sulung berusia 12 tahun.


Muhd Zahid (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Mohamad (tengah).

Akibat kesusahan hidup katanya, mereka hanya bergantung kepada lampu solar dan kayu api untuk memasak, namun mempunyai bekalan air bersih.

Suaminya Mohamad Zulkiflee, 37, hanya bekerja biasa dan bercucuk tanam bagi menampung kehidupan isteri dan dua anaknya.

Siti Azimah juga berharap agar ada bantuan untuk bina baharu rumah yang didiaminya daripada pihak kerajaan, selain bantuan menaik taraf jalan becak menuju ke rumahnya dan kemudahan elektrik.

“Saya bernasib baik kerana ada jiran yang baik hati yang mengizinkan kami untuk menggunakan bekalan elektrik mereka bagi tujuan mengecas telefon bimbit dan sebagainya,” ujarnya.

Sebelum ini katanya, masalah yang dihadapi pernah diutarakan kepada pihak berkaitan, tetapi sehingga kini masih menunggu jawapan.

Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak Muhd Zahid  Matserudin berkata, beliau dan rombongan berkesempatan menjenguk seorang pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Belipat yang berada bersebelahan kebun sawit di Kampung Bukit Naga.

“Kita maklum kehidupan mereka sekeluarga yang memerlukan bantuan kerana rumah yang didiami mereka tidak mempunyai bekalan elektrik, tetapi mempunyai bekalan air paip yang bersih.


Jalan menuju ke kediaman Siti Azimah dan keluarga yang perlu dibaiki.
“Kami terpaksa berjalan kaki selama setengah jam kerana jalan menuju ke rumah mereka  tidak boleh dilalui oleh kenderaan biasa, selain kenderaan pacuan empat roda dan motosikal.

“Saya berharap pihak kerajaan berwajib dapat membantu mendapatkan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan bantuan lain daripada kerajaan negeri bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Pada lawatan itu, Muhd Zahid turut menyerahkan sedikit sumbangan kepada Siti Azimah dan keluarga khusus untuk memberi keceriaan semasa menyambut Aidilfitri kelak.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Siti Azimah, boleh disalurkan ke dalam akaun Pertubuhan Kebajikan Insan Lawas, akaun bernombor 161042306595 (Maybank).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.154420 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list