CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 95|Reply: 0

[Sarawak] Dua kes tipu berkaitan projek tidak wujud bernilai lebih RM150,000 dilapor di Miri

[Copy link]
Post time 21-3-2025 11:34 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Dua kes penipuan berkaitan projek tidak wujud bernilai lebih RM150,000 dilaporkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Miri.

Kes pertama melibatkan kerugian sebanyak RM66,000 sementara kes kedua RM89,100.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah (KPD) Miri ACP Alexson Naga Chabu dalam kenyataan medianya pada Khamis.

Kedua-dua kes juga melibatkan penyamaran individu sebagai kakitangan awam dan kes telah dilaporkan pada 18 Mac.

Untuk kes pertama, mangsa adalah seorang kontraktor warga tempatan iaitu wanita berusia 40-an.

Mangsa telah menerima tempahan V500 Gnss Receiver Hi-Target sebanyak dua unit daripada pegawai yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan Majlis Daerah Sri Aman.

Individu tersebut telah meminta mangsa membuat tempahan dengan sebuah syarikat dan ejen syarikat tersebut gagal dihubungi selepas pengadu membuat tempahan tersebut.

Majlis Daerah Sri Aman telah mengesahkan bahawa mereka tidak membuat tempahan tersebut.

Untuk kes kedua, mangsa adalah lelaki warga tempatan merupakan ahli perniagaan berumur 30-an telah menerima tempahan barang jenis 'Survey Instrument' daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (KPKT).

Individu tersebut telah meminta mangsa membuat tempahan dengan sebuah syarikat dan ejen syarikat tersebut tidak dapat dihubungi setelah mangsa membuat bayaran.

KPKT turut mengesahkan tidak pernah menerima tempahan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun, dan dengan sebat juga denda jika sabit kesalahan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047289 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list